CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

[Sabah] MPN Sabah bidas kenyataan provokasi WARISAN

[Copy link]
Post time 18-12-2021 04:27 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sabah Mustapha Sakmud (gambar) membidas kenyataan provokasi pemimpim WARISAN.

Beliau berkata, ucapan Timbalan Presiden WARISAN Datuk Darrel Leiking yang dipetik oleh Malaysiakini pada 11 Disember 2021 dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan WARISAN Datuk Awang Ahmad Sah Sahari di berita Borneo Today pada 16 Disember 2021 yang membidas Kenyataan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) adalah berbaur provokasi yang hanya ingin membuka ruang polemik politik yang melemahkan kesepakatan Pembangkang yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH).

"Kenyataan-kenyataan tersebut hanya ingin memperlekehkan usaha PH yang menjadi nadi harapan rakyat dalam memastikan kestabilan politik negara reda agar semua pihak dapat menumpukan usaha untuk memulihkan ekonomi negara serta memastikan kehidupan sosio ekonomi rakyat dapat dipertingkatkan dalam mendepani cabaran pasca pandemik COVID-19.

"Kita menghormati pendirian Pimpinan dan ahli-ahli Parlimen WARISAN yang tidak mahu terlibat secara langsung menandatangani MoU di antara kerajaan Pusat dan PH," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, pimpinan PH tidak pernah mengasak atau mengejek pemimpin-pemimpin WARISAN kerana tidak turut sama menandatangani MoU tersebut.

Menurutnya, pendekatan yang sama dibuat di peringkat negeri apabila PH Sabah mengemukakan Agenda Reformasi Sabah kepada Kerajaan GRS.

"Kita bersemuka dengan Pimpinan utama WARISAN dan menerangkan dengan jelas justifikasi cadangan tersebut dan memohon pertimbangan wajar.

"Kita menghormati pandangan pimpinan WARISAN untuk tidak mahu terlibat dan PH Sabah meneruskan misi mengangkat Agenda Reformasi Sabah kepada Ketua Menteri," katanya.

Katanya, PH Sabah ingin mengingatkan WARISAN bahawa Kerjasama Politik diperingkat negeri dan negara adalah kunci untuk meneruskan agenda Reformasi dan Perubahan yang menjadi harapan rakyat negara ini.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.053505 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list