CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 485|Reply: 0

[Sabah] Yayasan WISDOM meterai MoU dengan PPD Tuaran

[Copy link]
Post time 18-12-2021 04:25 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Wakil Yayasan WISDOM dan PPD Tuaran mengambil gambar kenangan bersama.

TUARAN: Yayasan WISDOM telah memeterai satu perjanjian kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran yang menfokuskan kerjasama kedua-dua pihak dalam pembangunan akademik.

Perjanjian tersebut dimeterai dalam satu Majlis Menandatangani MoU antara Yayasan WISDOM dan  PPD Tuaran, di sini, semalam.

WISDOM Foundation diwakili Ketua Pegawai Operasi, Zila Fawzi, manakala Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran diwakili Pegawai PPD, Hajah Wanihim Othman.

Upacara menandatangani MoU itu turut disaksikan wakil masing-masing daripada WISDOM dan PPD Tuaran iaitu Freeda Jane dan Sulaiman Hj. Awang.

Melalui kerjasama tersebut, Yayasan WISDOM akan menaja Pakej e-Tuition iaitu sebuah aplikasi pendidikan atas talian bertujuan sebagai pecutan akhir calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada semua pelajar tingkatan lima di seluruh Tuaran selama empat bulan.

Khidmat teknikal turut akan dibantu sepenuhnya oleh Yayasan WISDOM dengan kerjasama Syarikat MindAppz Sdn Bhd.

MoU yang ditandatangani juga tidak akan memberi sebarang obligasi kewangan kepada kedua belah pihak.

Untuk rekod,  WISDOM Foundation adalah sebuah institut pemikir dan kajian tidak berasaskan keuntungan di Sabah yang memperkasakan aktiviti pengurusan komuniti dengan fokus kepada Pendidikan.


utusanborneo.com.my/2021/12/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065481 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list