CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2505|Reply: 1

Tip semburan minyak wangi supaya kekal lama

[Copy link]
Post time 17-12-2021 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by novelloverzz at 17-12-2021 10:37 PM



Pertama sekali perkara yang harus difahami adalah tidak semua jenis minyak wangi sesuai dengan kulit kita. - Gambar hiasan


RASANYA setiap orang yang menggunakan minyak wangi secara rutin pasti pernah berdepan masalah ini, minyak wangi yang disembur kurang memberikan kepuasan dari segi bau.
Malah minyak wangi yang baharu dipakai tidak tahan lama. Tidak sampai dua atau tiga jam seperti hilang terus tanpa ada kesan bau langsung.


Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang membuatkan anda berdepan dengan masalah ini.


Pertama sekali perkara yang harus difahami adalah tidak semua jenis minyak wangi sesuai dengan kulit kita.


Oleh itu, sebelum membelinya usahlah segan untuk mendapatkan pendapat daripada jurujual atau pekerja di gedung beli-belah yang menjualnya.


Mereka mempunyai pengalaman luas dan sudah terlatih untuk memberikan pandangan dan mengesyorkan jenis minyak wangi yang sesuai untuk kita.

Selain itu terdapat juga beberapa faktor mengapa minyak wangi menjadi kurang ‘kick’.


Semburan yang tidak betul dan penyimpanannya di tempat tidak sesuai.


Ingin tahu mengapa ia boleh beri kesan sebegitu? Ikuti penjelasan di bawah.


SIMPAN TERLALU LAMA
Ya, mungkin anda mempunyai lebih daripada satu jenis minyak wangi. Namun perlu diingat setiap minyak wangi paling lama boleh bertahan untuk digunakan hanyalah lima tahun.
Menggunakan minyak wangi yang telah lama disimpan membuatkan baunya kurang kuat.

PENYIMPANAN SALAH
Faktor cahaya dan kelembapan kawasan simpanan boleh menjadi faktor penting mengekalkan bau wangi.
Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan berlakunya proses pengoksidaan. Apabila ini berlaku bau minyak wangi yang digunakan akan terjejas dan tidak mengeluarkan bau seperti yang dimahukan.

KULIT KERING
Kulit yang sihat adalah kulit yang tidak kering dan mempunyai kelembapan yang baik. Disebabkan itulah jika anda mempunyai jenis kulit kering, bau minyak wangi yang dipakai mudah hilang.
Ini kerana kekurangan kelembapan pada badan tidak membuatkan ia ‘melekat’ dan tahan lama.

TERLALU BANYAK BAU
Setiap hari kita menggunakan pelbagai jenis produk yang ada baunya tersendiri. Sabun mandi, pencuci muka dan juga syampu di antara produk yang ada bau.
Dan percampuran bau inilah juga yang boleh menjadi penyebab minyak wangi mudah hilang baunya.

MASALAH KULIT
Bagi anda yang berdepan dengan masalah atau penyakit kulit mungkin kurang bernasib baik apabila bercakap tentang minyak wangi.
Ada sesetengahnya berdepan alahan dan jika dipakai pula baunya tidak tahan lama.

Kredit: astroawani





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2021 11:37 PM | Show all posts
kena adding nie juga:

HARGA

BRAND

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.066125 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list