SELAMATKAN: Pasukan bomba yang bertugas ketika dalam kejadian itu.
PAPAR: Pasukan Bomba berjaya menenangkan seorang lelaki yang sedang cuba membunuh diri dengan berdiri di tengah jalan raya Kg Beringgis Papar.
Menurut Pusat gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11:29 pagi semalam.
"Setibanya di lokasi kejadian terdapat seorang mangsa lelaki cuba membunuh diri dengan berdiri di tengah jalan raya.
"Mangsa berjaya di tenangkan oleh pasukan Bomba bersama keluarga seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Operasi ditamatkan pada jam 12:15 tengahari. Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 40 an.
utusanborneo.com.my/2021/12/17
|