CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 532|Reply: 0

[Sarawak] Pusat Penjaja Kampung Haji Baki dijangka beroperasi 3 Januari tahun depan

[Copy link]
Post time 17-12-2021 04:19 PM | Show all posts |Read mode


Lo (tengah) memotong riben sebagai simbolik perasmian pembukaan Pusat Penjaja Kampung Haji Baki.

KUCHING: Pusat Penjaja Kampung Haji Baki dijangka mulai beroperasi 3 Januari depan dengan menyediakan kemudahan berniaga yang lebih selesa, kata Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang hari ini.

Beliau menambah, pusat penjaja berkenaan yang sebelum ini digunakan menjual pelbagai kuih-muih dan makanan lain, telah dibaik pulih melibatkan kos RM395,000.

"Projek membaik pulih pusat penjaja ini telah menelan belanja sekitar RM395,000 dan mempunyai lapan ruangan serta dua tandas awam untuk kegunaan orang ramai selain, sebuah kawasan parkir.

"Bagaimanapun, penghadang akan dipasang oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tujuan keselamatan para pengunjung dan kawasan parkir akan ditambah baik juga," katanya ketika merasmikan Pusat Penjaja Kampung Haji Baki di sini hari ini.

Lo yang juga merupakan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang menjelaskan, projek tersebut telah tergendala beberapa kali sebelum ini ekoran perubahan kepimpinan negara sebelumnya.

Namun projek tersebut kemudiannya dijalankan di bawah Projek Rakyat oleh kerajaan negeri.

Kawasan tebing seberang jalan ke pusat penjaja berkenaan itu juga kini sedang di tambah baik oleh JKR dan akan siap tidak lama lagi, ujarnya.

Justeru, beliau melihat potensi perniagaan yang baik untuk menjual makanan bagi menambah sumber pendapatan penduduk ditambah pula kampung tersebut mempunyai ramai bakat yang pandai memasak.

Antara menu yang disebut beliau termasuk Mee Jawa, Nasi Lemak, Satay, Kueh Tiaw Goreng dan Karipap antara juadah yang sering mendapat permintaan disini sebelum tempat itu di tambah baik.

Pusat penjaja itu turut disediakan kemudahan kipas, bekalan air dan elektrik selain tempat duduk dan meja untuk para pengunjung bertandang.

Beliau berharap perniagaan disitu akan beroperasi selama 24 jam selepas semua kemudahan lainnya di tambah baik kemudian.

Turut hadir Penghulu Kuching, Sabtuyah Yusuf.


utusanborneo.com.my/2021/12/17



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.034956 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list