CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki sepak dinding kaca bank hingga retak ditangkap

[Copy link]
Post time 17-12-2021 04:15 PM | Show all posts |Read mode


Suspek ditahan di sebuah kediaman di Jalan Bukit Assek malam tadi.

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan khianat menyepak dinding kaca sebuah bank sehingga retak di Jalan Mission dekat sini pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat berkata pengurus cawangan bank berkenaan diberitahu oleh pengawal keselamatan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.15 pagi.

"Hasil semakan pihak kami, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki masuk ke dalam bilik ATM dan bertindak menyepak dinding kaca sehingga mengakibatkan keretakan sepanjang 30cm," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, suspek berjaya ditangkap oleh sepasukan polis D7 diketuai oleh Inspektor Hairul Hussien di sebuah rumah di Jalan Bukit Assek pada jam 10.15 malam Khamis.

"Suspek didapati memasuki bilik ATM bank tanpa mengimbas kod MySejahtera dan tidak tidak mendaftarkan namanya secara manual dalam buku log," kata Collin.

Katanya, suspek yang juga seorang duda berusia 41 tahun dan berbangsa Cina mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan kes penyalahgunaan dadah.

"Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Sg. Merah dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut," ujarnya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


utusanborneo.com.my/2021/12/17

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.105823 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list