CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 8

[Sarawak] Seruan Kepada Semua Pengundi di Sarawak

[Copy link]
Post time 17-12-2021 09:18 AM | Show all posts |Read mode



Rakyat Sarawak yang dikasihi,

Salam Sarawakku Sayang,
Sarawak akan membuat keputusan, saya menyeru kepada anda semua agar membuat pilihan terbaik untuk diri sendiri, untuk keluarga anda, untuk komuniti anda dan untuk Sarawak yang disayangi.

Saya memberi jaminan, dengan mandat penuh rakyat Sarawak kepada GPS, kami akan meneruskan usaha untuk memastikan keselamatan awam, kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi untuk Sarawak, pada masa sekarang dan masa depan.

Kami, pasukan GPS akan meneruskan agenda pembangunan sosio-ekonomi bagi mewujudkan sumber kekayaan baru, menjana lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan untuk belia dan generasi akan datang.

Kami akan memastikan kemakmuran Sarawak yang berterusan supaya rakyat dapat menikmati manfaat pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang terancang, holistik dan inklusif.

Kami, pasukan GPS akan sentiasa berusaha untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak rakyat dan kepentingan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Malaysia.

Ini terbukti dengan lulusnya Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Rakyat pada 14 Disember 2021 (Selasa).

Kami akan memelihara perpaduan dan keharmonian yang sangat kita hargai di Sarawak di mana masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama dapat hidup bersama dengan aman dan bekerja untuk generasi akan datang.

Janganlah kita menggadaikan masa depan kita. Kita harus mengambil iktibar dari kegagalan Kerajaan PH yang hanya mampu bertahan 22 bulan kerana lemah dan tidak stabil.

Masa depan kita bergantung kepada kerajaan yang kuat, stabil dan komited untuk mempertahankan hak-hak rakyat dan kepentingan Sarawak.

GPS yang berpengalaman, cekap, disegani, berintegriti tinggi dan mempunyai rekod prestasi cemerlang akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak.

Janganlah membuat kesilapan, kita mesti terus memperjuangkan perpaduan, keharmonian, autonomi dan kemakmuran Sarawak.

Kami, pasukan GPS komited untuk meneruskan perjuangan dan usaha demi kecemerlangan Sarawak. Berilah peluang kepada GPS untuk terus berjuang demi kecemerlangan Sarawak untuk kemakmuran kita semua.

Sokong dan undilah GPS untuk Sarawak yang stabil, makmur dan gemilang, untuk menjadikan Sarawak Maju menjelang tahun 2030.


December 16, 2021my/2021/12



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2021 10:27 AM | Show all posts
selamat mengundi....pada mods dan smod dan forumer semua...@Vellfire @FanTasyCreaTioN @adekukisah @kebikebi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2021 02:16 PM | Show all posts
SPR guna helikopter, bot ekpress dan perahu panjang ke pedalaman



Petugas SPR menyimpan peti undi untuk dihantar ke kawasan pedalaman di Mulu menggunakan helikopter.

MARUDI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menggunakan perkhidmatan helikopter, bot ekpress dan perahu panjang untuk menghantar petugas pilihan raya dan peti undi ke kawasan pedalaman di DUN Mulu dan Marudi.

Bagi kawasan Mulu, seramai 229 petugas SPR dan anggota polis diterbangkan ke pusat pengundian iaitu Pa Lungan, Bario, Belasoi, Linei, Long Sait, Long Jeeh, Batu Bungan, Long Seridan dan Long Lellang.

Operasi penghantaran yang bermula jam 9 pagi tadi di Padang Terbang Marudi menggunakan lapan helikopter termasuk dua helikopter jenis chopper.


Petugas SPR bersama peti undi dan persiapan hari mengundi sedia bertolak ke Benawa, Marudi menggunakan perahu panjang.

Manakala bagi DUN Marudi, seramai 81 daripada 614 petugas dihantar menggunakan bot ekpress dan perahu panjang manakala selebihnya menggunakan helikopter dan pengangkutan darat.

Kawasan yang menggunakan perahu dan bot ekpress adalah Rumah Budin Assam Paya, SK Pengelayan, RH Ngelingkong Teraja, RH Chabop Lubok Amam, RH Jamu Nanga Seridan, RH Hillary Jungang Nanga Ajoi, Rh Kajan Sigeh Long Teru, SK Long Sepiling dan Benawa.


utusanborneo.com.my/2021/12/17


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2021 02:17 PM | Show all posts


MIRI: Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) esok, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (gambar) menyeru pengundi membuat pilihan tepat dalam memilih wakil rakyat yang terbaik.

Awang Tengah yang juga calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari berkata hanya pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) sahaja yang dapat memastikan hak Sarawak terus diperjuangkan, selaras dengan apa yang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau juga berjanji akan meneruskan agenda pembangunan di Bukit Sari serta membela kebajikan rakyat untuk membina asas-asas yang kukuh untuk masa depan generasi muda di kawasan itu.

“Pertarungan tiga penjuru di Bukit Sari kali ini membuktikan sistem demokrasi memberi peluang kepada anda semua untuk menentukan pemimpin anda. Justeru laksanakan tanggungjawab anda di peti undi kelak,” katanya menerusi klip video kempen berdurasi hampir empat minit yang disebarkan kepada orang ramai di sini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas pilihan raya, anggota keselamatan serta jentera parti yang bertungkus lumus menjalankan tugas sepanjang tempoh kempen serta pematuhan norma baharu.

Esok 1,213,769 pengundi di Sarawak akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian bagi memilih wakil rakyat mereka dan membentuk kerajaan negeri. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/12/17

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2021 02:19 PM | Show all posts


PRN12: Persediaan terakhir lancar, Sarawak mengundi esok
Petugas pilihan raya membawa kotak dan peralatan undi ke pusat pengundian masing-masing dari Dewan Suarah Bau. -Gambar Chimon Upon

BAU: Persediaan terakhir bagi proses pengundian biasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) esok berjalan dengan lancar.

Setiausaha Kerajaan Persekutuan Dato Amir Omar berkata, setakat pagi ini hampir 80 peratus persiapan sudah dibuat dengan pihak petugas sedang memperkemaskan lagi prosedur.

"Terima kasih kepada pihak polis dan pegawai petugas pilihan raya yang memastikan proses PRN kali ini berjalan dengan lancar.

"Dari segi persiapan logistik di pusat pengundian pedalaman, semua sudah digerakkan dan bilik gerakan kita di Simpang Tiga akan pantau dari masa ke masa untuk pastikan semua aset kita sampai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika di Dewan Suarah Bau di sini hari ini bagi meninjau persiapan di pusat-pusat pengundian bagi proses pengundian esok.


Amir turut meminta pengundi untuk keluar awal mengundi esok dimana pusat pengundian akan dibuka awal pada jam 7.30 pagi.

Sementara itu Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Nor Nekman Jaimon berkata, secara umum untuk PRN kali ini ada tambahan satu prosedur operasi standard (SOP) berkaitan keselamatan dan kesihatan.

Keseluruhannya peralatan sudah sampai kepada semua ketua pegawai pilihan raya dan hari ini cuma peralatan sulit diedarkan untuk hari mengundi esok.

"Ada beberapa pusat pengundian yang akan ditutup awal pada jam 2 petang esok terutama di kawasan pedalaman dengan bilangan pengundi kurang daripada 250 orang.
"Jadi dengan penutupan awal, kita harap proses pengiraan undi dapat dibuat sebelum jam 8 malam," katanya.

Dalam pada itu seramai 1,213,769 pengundi biasa daripada 1,252,014 pengundi berdaftar di Sarawak akan mengundi esok melibatkan 1,866 pusat mengundi dengan 3,555 tempat mengundi/saluran dibuka.


utusanborneo.com.my/2021/12/17




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2021 02:55 PM | Show all posts


Jangan terpengaruh dengan kempen toksik
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menggesa agar rakyat tidak termakan dengan kempen politik toksik.
Menurutnya, kempen yang dijalankan secara norma baharu dengan memanfaatkan media sosial turut menjadi saluran kempen tidak sihat.

Malah beliau turut mengakui terkena tempias isu berkenaan selepas menerima beberapa pesanan yang dihantar terus ke telefon bimbitnya.

“Saya menerima banyak mesej yang mengandungi kata-kata beremosi, berita palsu dan khabar angin yang tidak betul, saya pun tidak tahu bagaimana mereka memperoleh nombor telefon saya.

“Bagi saya, ini adalah taktik kotor dan toksik dalam berkempen,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SUPP di sini pada Khamis.

Justeru Dr Sim menyeru masyarakat untuk tidak termakan dengan taktik kotor itu dan bijak menilai sendiri prestasi yang telah dibawa oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS)

“Nilailah kami menerusi rekod yang kami bawakan, nilailah kami berdasarkan karakter kami serta pembangunan yang telah dibawakan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan agar rakyat mengambil langkah berani untuk mengubah pemimpin yang tidak membawa sebarang perubahan walaupun telah mewakili sesuatu kawasan dalam tempoh yang lama.

Kawasan Padungan, Pending dan Batu Lintang katanya telah lama menjadi kubu kuat parti pembangkang, tetapi tiada pembangunan dibawakan.

“Ada kawasan diwakili ADUN lebih 10 hingga 15 tahun, orang yang sama dengan hasil yang sama, tiada perubahan.

“Jadi ambil peluang ini untuk melaksanakan perubahan demi masa depan yang lebih cerah dengan pembangunan yang berterusan,” katanya.


sarawakvoice.com/2021/12/17

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2021 02:56 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 17-12-2021 06:57 AM

Pantun Abang Jo sempena PRN-12

Anak bekut terkonang-konang
nekik basikal pergi kampung
18 haribulan kita menang
mula dari Gedong.
KUCHING: Ini merupakan rangkap pantun yang diungkapkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari berharap kemenangan pertama Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRN-12 sarawak dapat dikecapi menerusi kerusi yang beliau tandingi di DUN Gedong.

Beliau berharap kemenangan tersebut pencetus kemenangan bagi kerusi DUN lain.

Abang Johari turut berterima kasih kepada bekas penyandang DUN Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais kerana setia bersama beliau selama ini.


sarawakvoice.com/2021/12/17
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2021 02:59 PM | Show all posts


Keluar mengundi ikut masa dicadang SPR esok
KUCHING: Lebih daripada sejuta pengundi  bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) esok dinasihati supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak,  sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, mereka masih boleh mengundi mengikut kelapangan masa dari 7.30 pagi hingga 5 petang atau waktu yang telah diwartakan di pusat mengundi masing-masing.

Jelasnya,  suruhanjaya itu melalui aplikasi MySPR Semak telah meletakkan maklumat masa keluar mengundi yang digalakkan untuk setiap pengundi.

“Namun demikian, pengundi dinasihatkan tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garis panduan khas pencegahan Covid-19 pada hari mengundi nanti,” menurutnya dalam kenyataan.

Sebanyak 349 calon daripada pelbagai parti politik bersaing merebut 82 kerusi DUn Sarawak.

Katanya pengundi yang telah mengetahui maklumat pengundian disaran terus ke saluran mengundi yang ditetapkan dan mereka juga disaran membuat semakan awal sebelum hari mengundi melalui portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my, aplikasi MySPR Semak atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“Semasa membuat semakan, pengundi disaran mencatat dan menyimpan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih,” katanya.

Ikmalrudin turut mengingatkan pengundi supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran bagi memudahkan proses semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian.


sarawakvoice.com/2021/12/17

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2021 03:17 PM | Show all posts



GPS sentiasa berjuang bela semua kaum di Sarawak


LIMBANG: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, semua kaum termasuk Melayu, Melanau, Cina, Iban, Bidayuh, Orang Ulu harus bertekad menjadi satu kumpulan majoriti untuk saling bekerjasama.

Bercakap pada program Pemimpin bersama Rakyat di Dewan Batu Biah, Awang Tengah calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Bukit Sari berkata, isu politik dengan sentimen perkauman yang dimainkan sesetengah pembangkang dengan sangat tidak sihat.

Beliau menyifatkan hal seperti itu hanya memecah belah rakyat.

Bagi beliau GPS meneruskan perjuangan membela semua kaum di Sarawak.


sarawakvoice.com/2021/12/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.120248 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list