CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 3

[Sarawak] Lelaki maut ditembak Polis

[Copy link]
Post time 16-12-2021 08:37 AM | Show all posts |Read mode


Siasatan dijalankan di lokasi kejadian.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 24 tahun terbunuh akibat terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Simpang Tiga, di sini malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata suspek ditembak anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sekitar jam 7.20 malam.

Menurutnya, semasa kejadian suspek yang memandu sebuah kereta jenis Proton Saga terbabit ditahan kerana dilihat mencurigakan.

Difahamkan dia enggan memberi kerjasama dan terus memandu dalam keadaan merbahaya sehingga  tembakan terpaksa dilepaskan ke arahnya.

"Hasil pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan suspek yang merupakan lelaki tempatan telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

"Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk melengkapan siasatan," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 01:46 PM | Show all posts
bukan ke kalau kejar tembak tayar dulu ke? kalau dia mau rempuh anggota baru tembak orangnya...maaf ku bkn anggota

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2021 05:38 PM | Show all posts
Senapang patah, peluru hidup dijumpai dalam kereta suspek

KUCHING: Suspek yang ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Jalan Simpang Tiga, di sini memegang selaras senapang patah semasa ditahan dalam insiden tersebut malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata anggota trafik yang terlibat mulanya melepaskan tiga das tembakan ke atas tayar kereta yang dipandu suspek.

Bagaimanapun, semasa menghampiri kereta didapati suspek memegang selaras senapang menyebabkan anggota terbabit terpaksa melepas dua tembakan ke arah suspek untuk mempertahankan diri.

"Suspek disahkan meninggal dunia selepas diperiksa Pegawai Perubatan di tempat kejadian.

"Pemeriksaan lanjut ke dalam kereta suspek juga menemui beberapa butir peluru hidup selain selaras senapang patah," katanya kepada Utusan Borneo, hari ini.

Jelasnya juga, suspek mempunyai 14 rekod jenayah lampau dengan terlibat pelbagai kesalahan jenayah seperti curi kenderaan, penipuan dan penyalahgunaan dadah.

Bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mengetahui punca kematian mangsa.

"Polis akan menjalankan siasatan yang telus dan menyeluruh," katanya.

Justeru orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini agar tidak menjejaskan siasatan.

"Ini juga untuk menghormati keluarga mangsa," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2021 11:08 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 16-12-2021 01:46 PM
bukan ke kalau kejar tembak tayar dulu ke? kalau dia mau rempuh anggota baru tembak orangnya...maaf  ...
tiada d tempat kejadian ... payah juga nak bercerita ...
sekadar maklumat berita dari media masa  ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.059462 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list