CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 615|Reply: 0

[Sabah] Guru besar terima rasuah didenda RM3,000

[Copy link]
Post time 15-12-2021 09:14 AM | Show all posts |Read mode



KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini selepas didapati menerima rasuah daripada sebuah jabatan sebanyak RM1,000.

Tertuduh berumur 60 tahun yang juga bekerja sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Buang Sayang Kinabatangan itu dituduh mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menerima sekeping cek bernilai RM1,000 daripada Pusat Zakat Sabah (MUIS) antara Julai hingga Oktober 2015 di SK Buang Sayang Kinabatangan.

Tertuduh juga mengetahui wang tersebut mempunyai hubungan dengan kerja rasminya sebagai Guru Besar SK Buang Sayang Kinabtangan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Abu Bakar Manat dan Pegawai Pendakwa ialah Mohd Faliq Basirudin manakala tertuduh diwakili Peguam Datu Baginda.


utusanborneo.com.my/2021/12/14

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.064477 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list