CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 0

[Sarawak] JKR, PETROS akan buat kajian pindahkan saluran paip gas di bawah Bulatan GK

[Copy link]
Post time 15-12-2021 09:01 AM | Show all posts |Read mode


Adam (kiri) dan Sebastian menunjukkan lokasi projek yang dicadangkan untuk pembinaan lampu isyarat di tapak Bulatan GK yang sedia ada (di belakang).

MIRI: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akan bekerjasama untuk melakukan  kajian terperinci dan rekabentuk paling selamat di laluan Jalan Miri-Pujut sekitar Bulatan Pujut 3 (lebih dikenali sebagai Bulatan GK), sebelum projek pembinaan boleh dilaksanakan.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii, berkata kajian terperinci perlu dibuat kerana di bawah Bulatan GK itu terletak saluran paip gas utama milik PETROS (dahulunya milik PETRONAS).

"Ia adalah cabaran paling besar dalam projek ini, jika diluluskan kelak, kerana ia membabitkan saluran paip gas utama PETROS dan aspek keselamatan adalah satu keutamaan (dalam projek tersebut).

"Saya pasti JKR akan bekerjasama dengan PETROS untuk melakukan kajian dan membuat reka bentuk projek yang selamat, termasuk memindahkan saluran paip jika perlu dan ini akan menelan belanja yang amat besar," jelas Adam lagi.

Justeru katanya, projek itu kelak kemungkinan besar diserah kepada pihak JKR untuk pelaksanaannya.

Beliau memberitahu perkara itu kepada pemberita di sini, hari ini, semasa mengadakan lawatan ke kawasan Bulatan GK itu dan memberi taklimat kepada pegawai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri, yang turut melawat lokasi tersebut.

Jalan Miri-Pujut di sepanjang dan sekitar laluan bulatan berkenaan adalah yang paling sesak, apabila tiba waktu puncak.

Ia boleh mengakibatkan kesesakan jalan sepanjang 2 kilometer bermula dari hujung Jejambat Pujut menghala ke arah bulatan tersebut. Manalala dari arah bertentangan, ia turut mengakibatkan kesesakan sepanjang 1.4 kilometer bermula dari simpang lampu isyarat Pujut 7 di sini.

Justeru sebagai penyelesaian, pembinaan lampu isyarat dicadangkan di tapak Bulatan GK yang sedia ada.

Sementara itu, pihak ICU meminta supaya cadangan projek dikemukakan semula selepas kajian terperinci (oleh pihak JKR dan PETROS) mengenai reka bentuk dan anggaran projek itu dibuat kelak.

Turut hadir mengadakan lawatan ke lokasi berkenaan ialah calon GPS-SUPP di kerusi Piasau, Datuk Sebastian Ting.


utusanborneo.com.my/2021/12/14



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.079845 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list