Edited by Vellfire at 15-12-2021 09:46 AM
COVID-19: Sarawak rekod 64 kes baharu, Kuching tertinggi
KUCHING: Sarawak terus merekodkan jumlah kes baharu COVID-19 dua angka dengan 64 kes dilaporkan hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dengan penambahan 64 kes baharu, jumlah kumulatif kes COVID-19 kini menjadi 251,807.
Menurut JPBNS, daripada kes baharu yang dilaporkan hari ini, 23 daripadanya adalah kategori satu (tiada gejala), 39 lagi kategori dua (gejala ringan) manakala satu merupakan kategori tiga (jangkitan paru-paru).
Memperincikan kes baharu, JPBNS berkata Kuching merekodkan 15 kes diikuti Miri (14), Sibu (8), Limbang (8), Lawas (4), Sri Aman (4), Bintulu (2), Betong, Lubok Antu, Serian, Samarahan, Kapit, Mukah, Bau, Kanowit dan Selangau (masing-masing satu kes).
Dalam pada itu JPBNS memaklumkan terdapat satu lagi kes kematian akibat COVID-19 pada 10 Disember 2021, membabitkan seorang wanita berusia 60 tahun dari Limbang yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan 33 kompaun dengan 12 daripadanya dikeluarkan di Bintulu, Kuching (11) dan Miri (10) kerana kesalahan-kesalahan seperti tidak menjaga penjarakan fizikal (21), gagal mengimbas QR Code MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis (9) dan tidak memakai pelitup muka (3).
Dengan ini ujar JPBNS, jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan oleh polis Sarawak setakat ini adalah 12,511 kompaun.
utusanborneo.com.my/2021/12/14
|