CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 0

[Sarawak] Covid-19 13/12/2021

[Copy link]
Post time 14-12-2021 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-12-2021 09:48 AM





COVID-19: 47 kes baharu, dua kematian


KUCHING: Kes harian COVID-19 di Sarawak menurun dengan 47 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 54 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 251,743 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, 22 kes adalah kategori satu (tiada gejala), 24 kes kategori dua (gejala ringan) dan satu kes membabitkan kategori tiga (jangkitan paru-paru).

“Dalam pada itu, Kuching melaporkan 16 kes diikuti Lawas (9), Miri (7), Limbang (6), Sibu (5), serta masing-masing satu di Bintulu, Sarikei, Betong dan Lubok Antu,” ujarnya hari ini.

JPBNS juga melaporkan dua kematian akibat COVID-19 di Sarawak, masing-masing di daerah Bintulu.

Kes pertama ujarnya, melibatkan mangsa lelaki berusia 60 tahun pada 7 Disember lalu dan mangsa dilaporkan mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia.

“Sementara kes kedua membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun pada 8 Disember lalu dan mangsa tiada sejarah penyakit diketahui,” ujarnya.

Mengenai notis kompaun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan 12 kompaun iaitu tujuh di Serian, empat di Bintulu dan satu di Lawas kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), menjadikan keseluruhan kompaun dikeluarkan KKM sebanyak 657.

Manakala polis Sarawak mengeluarkan enam kompaun di Kuching dan empat di Miri akibat kesalahan-kesalahan seperti gagal mengimbas QR Code MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis (5), tidak menjaga penjarakan fizikal serta premis beroperasi melebihi masa yang ditetapkan (4) dan tidak memakai pelitup muka (1).

Ini katanya, menjadikan keseluruhan kompaun dikeluarkan polis Sarawak setakat ini berjumlah 12,478.


utusanborneo.com.my/2021/12/13


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055945 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list