CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 491|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak masih makmur

[Copy link]
Post time 13-12-2021 08:59 AM | Show all posts |Read mode


GEDONG: Keadaan di Sarawak masih makmur, walaupun dalam suasana Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya tidak ada masalah dihadapi ketika ini dan semua orang akur kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Yang penting adalah perpaduan kita, walaupun dalam suasana pilihan raya tapi kita makmur sekali.

“Tidak ada masalah dihadapi dan kita akur kepada SOP kerana kita belum lagi menang dalam perang Covid-19 tapi setidak-tidaknya angka (kes positif) menurun kurang daripada 100 kes.

“Ini memberi bayangan negeri kita akan menjadi negeri yang dapat mengawal penyakit Covid-19 dan rakyat kita sihat, maka ini akan membolehkan kita membangunkan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Gedong Sebagai Daerah di Dewan Terbuka Gedong, di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion dan bekas ADUN Gedong Datuk Mohd Naroden Majais.

Dalam pada itu, Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan merupakan calon di DUN Gedong berterima kasih kepada orang Satok, yang diwakilinya selama sembilan penggal kerana rela melepaskannya untuk membangunkan luar bandar.

“Kepada orang Gedong, terima kasih kerana menerima saya…semoga Gedong terus maju termasuk kawasan di sekitarnya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berterima kasih kepada bekas penyandang DUN Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais yang telah banyak berjasa kepada Gedong dengan membawa kemudahan jalan raya, elektrik dan air.

by Suaraswk
December 12, 2021

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.052526 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list