CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 497|Reply: 0

[Sabah] 2,611 graduan dirai dalam majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu

[Copy link]
Post time 13-12-2021 08:44 AM | Show all posts |Read mode


RASMI: Mohd Arifin semasa merasmikan majlis konvokesyen tersebut secara maya.

KOTA KINABALU: Seramai 2,611 graduan Politeknik Kota Kinabalu menerima sijil dan diploma dalam majlis Konvokesyen kali Ke-25 yang julung kalinya diadakan secara dalam talian.

Konvokesyen yang bertemakan ‘Keunggulan 25 Tahun’ itu meraikan graduan dalam bidang Kejuruteraan Awam, Elektrikal, Mekanikal, Perdagangan dan Pelancongan dan Hospitaliti.   

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, institusi Politeknik dan Kolej Komuniti memainkan peranan utama serta bertanggungjawab menyediakan graduan untuk mendepani revolusi industri keempat.

“Graduan perlu kreatif mencari peluang-peluang pekerjaan yang ada di negara ini, selain mencipta ruang untuk menjana ekonomi.

“Saya menyeru kepada semua graduan untuk tidak hanya tertumpu kepada aktiviti mencari kerja (job seeker) tetapi berusaha untuk menjadi job creator,” katanya ketika merasmikan majis tersebut.

Katanya, kejayaan graduan Politeknik dalam bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi membuktikan mereka telah berjaya mengubah persepsi masyarakat umum terhadap aliran ini.

“Aliran  Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga mampu menghasilkan modal insan yang berkualiti serta berdaya saing di peringkat global,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Zainab Othman berkata, peratus kelulusan penuntut adalah 99.5 peratus pada tahun 2020 meningkat daripada tahun sebelumnya.

“Pencapaian akademik yang cemerlang ini telah diterjemahkan menerusi kejayaan-kejayaan Politeknik Kota Kinabalu menyertai pelbagai pertandingan sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Pertandingan itu termasuklah bercirikan keusahawanan yang berfokus kepada inovasi, kreatif dan seni rekacipta berasaskan kemajuan dalam bidang sains, teknologi dan maklumat,” katanya.  

Dalam majlis tersebut graduan Diploma Akauntansi, Pressy Misty Philip dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik Kota Kinabalu.

Manakala dua graduan Jabatan Perdagangan iaitu Dani Johan dan Thaiddi Anuar Hla Myat U  menerima biasiswa penuh PKT Logistic Group Sdn. Bhd bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.


utusanborneo.com.my/2021/12/12


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.059932 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list