CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 0

[Sarawak] Pastikan Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 berjaya

[Copy link]
Post time 13-12-2021 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Sokongan semua Ahli Parlimen penting, pastikan Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 berjaya

Wan Junaidi ketika menghadiri salah satu sesi libat urus bersama pemimpin masyarakat tempatan di beberapa lokasi di kawasan pesisir Sarawak bagi menjelaskan Pindaan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021 berkaitan MA63.

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap semua Ahli Parlimen khususnya dari Sarawak memberi sokongan kepada Rang Undang-Undang  (RUU) Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila dibentangkan bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat kelak.

Ini penting katanya agar hasrat cadangan pindaan itu yang berasaskan komitmen kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Sabah dan Sarawak mengenai MA63 dapat dilaksanakan dengan jayanya demi semangat Keluarga Malaysia.

"Kelulusan Pindaan Rang Undang-Undang ini memerlukan sokongan tidak kurang dari dua pertiga (2/3) atau 148 (jumlah minimum) dari jumlah Ahli Majlis Parlimen selaras dengan Fasal (3) Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi kenyataan akhbar pada Sabtu.

Bagi tujuan itu katanya beliau telah mengadakan lawatan kerja bagi menghadiri sesi jelajah libat urus bersama pemimpin masyarakat tempatan memperjelaskan Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 di beberapa buah lokasi di kawasan pesisir Sarawak pada Sabtu.

"Tujuan utama saya mengadakan siri lawatan ini adalah untuk menemui pemimpin-pemimpin tempatan bagi memperjelaskan mengenai pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi Bacaan Kedua pada 14 Disember 2021 nanti," jelasnya.

Wan Junaidi berkata Pindaan tersebut berkaitan peruntukan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan, taksiran "Persekutuan" di bawah Fasal (2)  Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, taksiran baharu "Malaysia Day" di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan perenggan (a) Fasal (6) dan Fasal (7) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya lagi, sebelum ini pindaan Rang Undang-Undang (bacaan kali pertama) mengenai pindaan RUU tersebut telah dibaca pada 3 November 2021  di Dewan Rakyat.

"Berteraskan #AspirasiKeluargaMalaysia, sesi libat urus unu  sangat penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Negeri Sarawak keseluruhannya mengenai kepentingan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63.

Lokasi pertama siri jelajah sesi libat urus bersama Pemimpin Masyarakat Tempatan yang disinggahi Wan Junaidi adalah Dataran Pekan Lingga, di Lingga.

Turut hadir di Lingga Senator Susan Chemerai Anding dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi DUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Lokasi kedua yang menjadi perhentian Wan Junaidi adalah di Kampung Muhibbah, Simanggang dan ia turut dihadiri calon GPS DUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.

Lokasi ketiga dan terakhir  disinggahi beliau ialah Spaoh, Betong dan sesi libat urus itu turut dihadiri calon GPS, DUN  Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.


utusanborneo.com.my/2021/12/12




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.056581 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list