CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 893|Reply: 2

Tiada tiket percuma 'kaki judi' tonton konsert Adele di Caesars Palace

[Copy link]
Post time 12-12-2021 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Tiada tiket percuma 'kaki judi' tonton konsert Adele di Caesars Palace


Adele

Las Vegas: Penyanyi Adele, 33, melarang jutawan judi untuk menghadiri konsertnya di Colosseum Theatre, Caesars Palace, bagi memberi laluan kepada peminat setianya membeli tiket untuk acara itu.

Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins dikhabarkan berjaya melobi pemilik lokasi terbabit agar tidak memberi tiket percuma kepada golongan berjudi yang berbelanja besar di kota judi berkenaan.

"Adele sangat berkeras mengenai hal itu dan mahukan peminatnya dapat menonton persembahannya. Berbanding tiket percuma diberikan kepada kaki judi yang berbelanja besar di sana.

"Sejumlah tiket selalunya diketepikan untuk diberi kepada kaki judi yang berbelanja besar bagi menonton persembahan di lokasi itu. Bagaimanapun, Adele ternyata tidak mahu bertoleransi dengan pendekatan itu," kata satu sumber.

Sejak melancarkan album terbaharunya, 30, baru-baru ini, Adele terus aktif mengadakan persembahan di pelbagai lokasi. Tiketnya juga mendapat permintaan tinggi dan sentiasa habis terjual.

Penyanyi lagu Easy On Me itu bakal beraksi di lokasi ikonik terbabit selama empat bulan pada Januari hingga April tahun hadapan. Terdahulu, penyanyi seperti Elton John, Rod Stewart dan Usher antara yang pernah membuat persembahan di sana.

Meskipun tiket konsertnya itu agak mahal, ia berjaya terjual habis sebaik pembelian dibuka. Pembeli juga harus mengepilkan bukti bahawa mereka sudah lengkap mendapat dua dos vaksin.

Pengaruh Adele sememangnya tidak disangkal cukup besar apabila menyentuh mengenai kemajuan industri muzik. Disebabkan ciapannya di Twitter sebelum ini, platform muzik digital Spotify turut akur dan membuang butang 'shuffle' untuk albumnya.

Menerusi ciapannya itu, dia mahukan lagu yang dimuatkan dalam album 30 didengari mengikut urutan kerana ada sebab dia menyusun setiap lagunya dengan urutan tertentu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... e-di-caesars-palace

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 09:37 PM | Show all posts
bestnya kalau dapat tgk konsert dia.dia seorg performer.tapi dari segi muzik dia aku x minat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 05:47 PM | Show all posts
sheols ada pendidikan muzik sejak kecik, ala2 ajai la. Namun meols tak pasti sama ada sheols bijak main instrumen atau tak. Kalau nak minat dengar lagu2 sheols ni, iols kena fahami lirik dulu baru...gichewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.074608 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list