CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Sarawak] CUEPACS Sarawak gesa skim PERKESO dipanjangkan kepada penjawat awam

[Copy link]
Post time 25-11-2021 10:38 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menggesa kerajaan mempertimbangkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi penjawat awam.

Pengerusinya Omar Bahrein Unin (gambar) berkata buat masa ini anggota perkhidmatan awam diberi perlindungan secara ex-gratia yang mana masih tidak menyeluruh dan perlindungan yang terhad.

“Sistem PERKESO membuktikan kecekapan dan tanggungjawab untuk menguruskan perlindungan kepada pencarum adalah amat sesuai dipanjangkan kepada anggota perkhidmatan awam dari segi insurans pekerja dan keselamatan.

“Harga caruman juga adalah murah disamping perlindungan yang luas berbanding ex-gratia,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Omar, ada juga pekerja bukan warganegara Malaysia yang bekerja di negara ini layak mencarum PERKESO.


Justeru katanya sudah tiba masanya kerajaan mempertimbang kakitangan awam dicarum dan diberi perlindungan PERKESO bagi membela nasib penjawat awam.

“Semua penjawat awam juga sebenarnya berdepan dengan risiko dari segi keselamatan dalam kerja rasmi di dalam dan luar pejabat seperti anggota penguat kuasa, penyelamat dan lain-lain perkhidmatan.

“Namun bagaimana mereka boleh buat tuntutan untuk kegunaan dalam masa sukar seperti kematian, hilang upaya kekal dan kecederaan serius,” katanya.

Sehubungan itu katanya CUEPACS bersedia bekerjasama untuk berbincang perlaksanaan perlindungan PERKESO kepada enjawat awam seperti jumlah kaedah caruman yang sesuai dan lain-lain perkara berkaitan.


utusanborneo.com.my/2021/11/25

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.045990 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list