View: 5192|Reply: 35
|
Bersanding Berambut Perang Dan Bersolek, Bapa 4 Anak Dipandang Serong- Isteri Pun Kena Kecam
[Copy link]
|
|
Setiap pasangan pasti mempunyai cara tersendiri untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan masing-masing agar ia tersimpan sebagai satu momen istimewa.
Begitu juga halnya dengan pasangan ini yang memilih untuk 'bersanding' sekali lagi ketika menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang yang ketujuh.
Lengkap dengan busana songket berwarna krim siap dengan pelamin, pasangan ini ceria saat diraikan oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.
Foto: mStar
Bagaimanapun video yang dikongsikan di laman sosial ketika momen istimewa itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen gara-gara penampilan 'feminin' si suami.
Berkongsi cerita dengan mStar, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Abe Pink berkata, idea untuk mengenakan busana raja sehari sewaktu ulang tahun perkahwinan bersama isteri timbul secara spontan.
"Sebenarnya, ulang tahun perkahwinan kami pada Februari lalu namun disebabkan Covid-19, jadi ia tertangguh. Baru-baru ini bila dah ada kelonggaran, baru berpeluang untuk meraikannya.
"Langsung tak dirancang. Pada mulanya nak photoshoot untuk produk, tapi disebabkan saya ramai kenalan, alang-alang bolehlah nak raikan bersama. Tak sukar pun sebab saya ramai kawan dalam bidang fotografi dan bisnes butik pengantin, tak perlu nak tempah lebih awal," ujarnya yang juga pengasas produk makanan tambahan Hommes Beauty.
Foto: mStar
Lelaki berusia 35 tahun ini berkata dia menyedari dirinya menjadi perhatian ramai selepas video persandingannya tular di aplikasi TikTok, gara-gara penampilannya yang berambut panjang rona perang dan bersolek.
"Saya tahu ada reaksi positif dan juga negatif. Dari segi positifnya, ramai yang mendoakan hubungan kami suami isteri hingga ke jannah. Saya menghargainya dan ucap terima kasih. Mereka ini kebarangkalian dah lama 'follow' saya.
"Namun tak kurang juga ramai yang lontarkan komen negatif. Bagi saya, mereka mungkin fisrt time tengok video saya atau baru follow saya. Kalau nak tahu, saya dengan isteri tak terkesan pun dengan kecaman.
"Sebelum ini pernah terviral juga sekali. Masa tu terkejut juga. Jadi kali ini lebih tenang sebab dah ada pengalaman sikit. Jadi kami boleh handle," ujarnya yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan.
Bapa kepada empat orang anak ini berkata, dia sudah lali dengan kecaman dan menganggapnya sebagai asam garam dalam dunia perniagaan.
Berlapang dada dengan setiap teguran mahupun nasihat, bagaimanapun kata lelaki ini, hatinya pernah terguris gara-gara isteri tersayang turut menjadi mangsa kecaman netizen yang bersikap 'judgemental'.
"aling teruk, ada yang kata isteri saya salah sebab tak tegur malah menyokong perbuatan saya. Mereka tahu ke apa yang isteri saya buat? Jangan salahkannya. Bukan dia tak tegur. Kalau nak kecam, kecamlah saya seorang.
Foto: mStar
"Jujurnya, terlampau ramai yang tanya kerana melihat kerja dan penampilan saya dulu dan sekarang berbeza. Namun orangnya masih sama, penampilan saja berbeza ikut dunia pekerjaan.
"Bukan saya tak mahu berubah... bohonglah. Saya cuba. Iya saya tahu niat tak halalkan cara, namun anda tak ada di tempat saya. Mereka yang tak alami memang tak dapat rasa.
"Di sini, orang yang paling saya hargai adalah isteri. Dia ibarat satu dalam sejuta. Takkan ada wanita di dunia ini sepertinya. Dia paling memahami dan sentiasa ada di belakang. Saya tak tahu nak menilai kebaikannya," ujarnya lagi.
Foto: mStar
Justeru, lelaki ini berharap agar orang ramai tidak mudah menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran semata-mata.
"Orang yang judge saya ini sebenarnya belum pernah bersemuka dan bercakap dengan saya 'face to face'. Mereka hanya kenal dari media sosial saja. Jangan mudah jatuhkan hukuman. Apa salahnya doakan yang baik-baik. Mana tahu mungkin dalam doa ramai-ramai ni, ada yang termakbul," katanya lagi. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ko jadi jantan pon tak ensem.. Nak jadi betina apatah lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
7th wonder years..now fefeeling nak come out of closet ke nokk?
huduh ok..dah rupa fonen pencen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tk kan dia nk ckp
Sbb nk jadi founder terpaling sbb tu dia kena buat camni nk harap muka bini pn tk sbrpa
At least dia yg itam kasar bole jd peloles sbb pakai product sendiri
Ramai lak tu mek kelate sokom dn beli |
|
|
|
|
|
|
|
Bini dia tak geli ka? Yekkk |
|
|
|
|
|
|
|
alahhhhhhhhh...alasan nak memondan je tu nyehhhhh....bagitahu kat bini kat family, nak jual produk... sebenarnya sejak azali berjiwa fonen kan... geli la fonen fonen delusional ni...lepas tu nak memondan pun mekap & grooming la lawa sikit, dah macam bohsia siam dah.. yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba teringat filem danish girl tu. Isteri dalam sporting terluka gak melihat husband transition jadi fonen. Yg ni confirm another attempt nak viral untuk meroket sales. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tgk gambar2 ni, mcm wife dia in love aja dgn abe pink ni.. entahlaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Jd la lelaki sejati..cian kat anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
sian ank2, apa la sgt nk di turut napsu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Percubaan utk viralkn product la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti anak2 kena ejek oleh kawan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Suka kat komen #1 and #2 thread ni. Ha ha ha ha... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn tnya knp anak jd nyah memfonen ja nanti besar. asas dri dlm rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Yes isteri ko mmg satu dlm sejuta pun, sian dia tu je nak cakap.
Kalau benar2 sayangkan isteri ko tau apa patut dilakukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 25-11-2021 02:51 PM
Tetiba teringat filem danish girl tu. Isteri dalam sporting terluka gak melihat husband transition j ...
Yup iols pun teringat cite tu bila tgk gini, yg tu asalnya mmg naluri dia ada sikit2 la kot tp dia pun tak layan sgt. Tapi bila isteri bagi peluang sesaja pakai mcm pompuan dan mekap utk jd model lukisan bini dia haaa amik ko takleh benti plak. Terus keluar dr almari.
Scene paling sedih bila isteri dia tgh susah hati perlukan bahu suami dia tp “suami” dia tanak kembali nak gak jd Lily.
Walaupun hakikatnya suami dia mmg ada je tapi dh jadi individu lain.
Isteri tu tetaplaa sokong gak suami tu sampai akhir hayat. Meninggal pun sbb komplikasi masa buat pembedahan ubah suai jantina dia tu la. |
|
|
|
|
|
|
|
Rambut tu walaupun hauk Nau'zubillah, tapi meols dpt jua maafkan. Sbb ramai je benggali / bai jual carpet warnakan rambut or janggut oren sebegitu.
Tapi makeup?? Oh no, oh no, oh no, no no no no
[em:4:] Binikau konsep asal berlaki. Yelah anak pun dah 4. Tu yg telan aje semua. Dan2 satu dlm sejuta katakauuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|