CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 1

[Borneo] Ahli KWSP Mungkin Kemiskinan Semasa Tua Akibat Kurang Simpanan

[Copy link]
Post time 24-11-2021 10:31 PM | Show all posts |Read mode


Wang simpanan KWSP adalah penting untuk kegunaan pekerja selepas mereka bersara kelak.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan kegusaran mereka mengenai risiko majoriti ahlinya berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran akibat Covid-19 sudah memburukkan keadaan menyebabkan jumlah simpanan yang tidak mencukupi.

Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, perkara ini bukan hanya akan memudaratkan kehidupan individu sahaja, tetapi juga terhadap landskap sosioekonomi negara dan fiskal kesihatannya juga akan mencabar.

Beliau berkata, pada masa ini 48 peratus ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP pada tahap kritikal.

Menurutnya, ini adalah peningkatan 28 peratus ahli KWSP yang mempunyai simpanan yang amat kritikal berbanding sebelum pandemik.

“Dengan jangka hayat rakyat Malaysia pada 75 tahun, dan menjangkakan ahli KWSP mula mengeluarkan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun, simpanan yang ada perlu mencukupi untuk sekurang-kurangnya 20 tahun.

“Dalam perkara ini, dengan simpanan median kesemua ahli KWSP di bawah 55 tahun berjumlah RM13,000, bermaksud RM54 sebulan untuk tempoh persaraan mereka,” katanya pada ucapan pembukaan di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang berlangsung secara maya dan fizikal, semalam.

Ahmad Badri berkata, simpanan median ahli KWSP pada usia 54 tahun pada RM38,000 pula bermaksud RM159 sebulan untuk tempoh 20 tahun yang akan datang, dan dalam usaha ahli untuk mendapatkan semula jumlah kehilangan daripada pengeluaran berkaitan Covid-19, mereka perlu bekerja untuk tempoh tambahan empat ke enam tahun.

Sehingga 31 Oktober, sejumlah RM101.1 bilion dikeluarkan di bawah i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. Ia 22 peratus daripada program rangsangan kerajaan berjumlah RM530 bilion bagi membantu rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Berkaitan isu kecukupan, Ahmad Badri berkata, perlindungan sosial adalah hak asasi manusia untuk semua, yang merangkumi semua bentuk pekerjaan, sama ada sektor formal atau tidak.

Secara kasarnya, hanya tiga daripada 10 dewasa di Malaysia dilindungi oleh perlindungan sosial seperti skim pencen kerajaan dan perlindungan KWSP.

“Kami melihat hanya 7.5 juta daripada 23.5 juta populasi pada usia bekerja yang pada ketika ini menetap di negara ini.

“Pandemik ini juga merubah landskap pekerjaan ke arah tidak formal. Peningkatan dalam golongan bekerja sendiri dan tidak formal dijangka akan meningkat daripada 5.7 juta masa ini kepada 8.8 juta pada 2040,” kata Ahmad Badri.

Dalam menangani kecukupan simpanan dan pendapatan persaraan, beliau berkata, negara memerlukan penyelesaian yang meluas, meliputi program jaringan keselamatan yang berkesan, sistem perlindungan kitaran hayat sosial komprehensif, polisi pasaran buruh dan gaji yang teguh, pertumbuhan ekonomi yang mampan, kemahiran semula dan peningkatan kemahiran tenaga buruh, selain polisi menggalakkan automasi dan pendigitalan bagi meningkatkan produktiviti.

“Dalam konteks ini, KWSP ingin menyumbang untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kami amat menyokong inisiatif Bajet 2022 kerajaan bagi menambah program i-Saraan dengan memasukkan mereka yang berusia 55 ke 60 tahun.

“Ini akan menjadikan i-Saraan lebih menarik kepada mereka yang berada dalam sektor tidak formal untuk menabung untuk persaraan mereka,” katanya.

Caruman Sukarela Insentif Suri, atau i-Suri yang disepadukan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan dijenamakan semula ‘Kasih Suri Keluarga Malaysia’, membolehkan suri rumah dan balu yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih, mendapat akses kepada keselamatan sosial. – BERNAMA


sabahpost.net/2021/11/24

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2021 10:32 PM | Show all posts
hari tu kuar 10K jer pun
takkan terus miskin plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1739 Replies : 2
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177985 Replies : 4060
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22055 Replies : 126
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5356 Replies : 21
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7193 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39865 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3703 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73134 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45540 Replies : 309

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.385069 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list