BAU: Seorang lelaki dicekup polis di sebuah kedai makan di Siniawan di sini kerana disyaki menjalankan kegiatan judi loteri haram.
Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek berumur 23 tahun ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, kira-kira jam 4.15 petang semalam.
“Pasukan operasi turut merampas satu unit telefon bimbit, sejumlah wang tunai dan sim kad Digi dari suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, semakan terhadap suspek didapati tiada rekod kesalahan lampau.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM200,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara.
by suaraswk
November 23, 2021
|