CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

[Sarawak] Isu hakisan Pantai Kampung Bungai bakal selesai

[Copy link]
Post time 23-11-2021 10:55 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan melaksanakan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Kampung Bungai, Bekenu, Miri menerusi Rolling Plan 3 (RP3), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menterinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek yang dianggarkan menelan kos RM12 juta tersebut melibatkan tiga kerja utama.

“Projek ini melibatkan kerja-kerja ukur dan penyiasatan tapak, rekabentuk dan pemantauan dan pembinaan lapis lindung batu sepanjang 1.5 kilometer,” katanya bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni di Dewan Rakyat pada Isnin.

Terdahulu Lukanisman mengemukakan soalan berkaitan isu hakisan pantai di kawasan pesisir pantai Sarawak terutamanya di pantai Parlimen Sibuti.

Datuk Tuan Ibrahim turut menambah berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hakisan serius iaitu pada tahap Kategori 1 dikesan berlaku di Kampung Bungai.

Jelasnya juga, KASA senantiasa memantau isu hakisan yang berlaku di seluruh negara dan melalui National Coastal Erosion Study (NCES) yang siap dilaksanakan pada 2015, data terperinci status hakisan di sepanjang pesisir pantai Sarawak telah diperolehi dan dikemaskini setiap tahun.


sarawakvoice.com/2021/11/23

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.325014 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list