CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Sarawak] Tumbuk, ugut bunuh ibu kerana tak disediakan makanan, pembantu peniaga dipenjara

[Copy link]
Post time 23-11-2021 10:49 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang pembantu peniaga lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menumbuk muka dan mengugut bunuh ibu kandung sendiri, gara-gara tidak disediakan makanan.

Tertuduh, Muhammad Ismuie Yusup, 29, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali sebaik dua pertuduhan di bawah Seksyen berasingan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibu kandungnya yang berusia 50 tahun dengan cara menumbuknya di muka menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak membunuh mangsa yang sama dan seterusnya didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukannya pada 25 April lalu, jam lebih kurang 1.45 tengah hari di kediaman mereka di Kampung Sinjan Jaya, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh tiba-tiba mengamuk dan bertindak menumbuk muka mangsa.

Tertuduh kemudian melarikan diri bersama sebilah parang.

Difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan mangsa tidak menyediakan makanan untuk tertuduh apabila dia bangun dari tidur.

Mangsa yang berasa takut bertindak membuat laporan polis dan tertuduh seterusnya ditangkap pada 23 September lalu.

Sebelum dijatuhkan hukum, Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat berbentuk pengajaran atas tertuduh dengan mengambil kira fakta kes, berat kesalahan dilakukan, kekerapan kes sedemikian dan mengambil kira hubungan antara tertuduh dan mangsa.

Sebubungan itu, mahkamah menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara lapan bulan bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua, penjara enam bulan.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara tersebut dikuatkuasakan mulai tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 23 September lalu.
Tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2021/11/23









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.157758 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list