CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 0

[Sabah] Gangguan Air Di Kota Kinabalu, Tuaran Dijangka Pulih Hujung Minggu Ini – Pengarah JANS

[Copy link]
Post time 22-11-2021 08:13 PM | Show all posts |Read mode


Edward Lingkapo berkata, gangguan air di 18 kawasan sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran berlaku akibat pam air di LRA Telibong 1 terbakar pada 6 Nov lalu ekoran bekalan elektrik tidak stabil.

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Edward Lingkapo berkata, masalah bekalan air yang dihadapi penduduk 18 kawasan di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran dijangka pulih sepenuhnya hujung minggu ini.

Katanya, pembaikan dua pam di Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 1 di Tuaran dijangka siap 28 Nov ini.

Beliau berkata, gangguan air itu akibat pam air di LRA Telibong 1 kendalian syarikat konsesi, Jetama Sdn Bhd terbakar pada 6 Nov lalu ekoran bekalan elektrik tidak stabil.

“Hal ini mengakibatkan pengeluaran air berkurang sebanyak 10 juta liter, sekali gus memberi kesan kepada lebih 30,000 pengguna yang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan lori tangki disediakan JANS sejak enam bulan lalu,” katanya dalam sidang media di pejabat JANS.

Edward berkata, catuan air dilakukan beberapa bulan lalu sejak krisis air berlaku dan ia dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini, tetapi JANS akan meneruskan inisiatif berterusan menghantar air yang kebiasaan dibuat pada waktu bekerja.

“Namun, ia sedikit terganggu berikutan masalah kekurangan air sebanyak 10 juta liter di bandar raya utara (Kota Kinabalu) ini, selain kerosakan pam yang menjejaskan lebih kurang 40,000 penduduk di sekitar kawasan ini.”

Sementara itu, katanya, kawasan terlibat dengan pengagihan air termasuk University Utama Condominium, University Condo Apartment 2, Bandar Sierra, Taman Flamingo, Taman Bukit Sepanggar, Pusat Integrasi Penghuni Hutan Tuaran, Taman Putramas Telipok, Sekolah Sri Nangka, Hospital Tuaran dan Apartment Seri Maju.

Edward berkata, catuan air dijangka diteruskan sehingga tahun depan apabila dua projek pembinaan Skim Bekalan Air Segera di LRA Telibong 1 dan 2 siap pada Jun 2022.

“Catuan air ini akan berterusan sehingga pertengahan tahun depan disebabkan pengeluaran air masih tidak mencukupi.

“Oleh itu, JANS mengambil langkah serta-merta dengan membina pam yang mampu menyalurkan 15 juta liter air sehari, iaitu lima juta liter di LRA Telibong 1 dan 10 juta liter di Telibong 2.” – FMT


sabahpost.net/2021/11/22

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.418850 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list