CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 526|Reply: 1

[Sarawak] Penolong pengurus tak mengaku gelapkan wang pasar raya mini

[Copy link]
Post time 22-11-2021 07:17 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang penolong pengurus sebuah pasar raya mini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan menggelapkan wang syarikat membabitkan jumlah RM85,750.20 untuk kegunaan peribadi.
   
Bagi kesalahan itu, Bui Chun Ho, 31, dari Indonesia didakwa atas tiga tuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi 14 tahun serta sebat dan denda, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapi.
   
Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh sebagai penolong pengurus dan diamanahkan dengan harta iaitu wang tunai RM26,770.15, didapati telah melakukan pecah amanah jenayah dengan menggelapkan wang tersebut untuk kegunaan peribadi.
   
Manakala dalam tuduhan kedua dan ketiga, tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan serupa dengan menggelapkan wang syarikat masing-masing berjumlah RM31,327.50 dan RM27,652.60 untuk kegunaan peribadi.
   
Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 10 pagi, masing-masing pada 6, 7 dan 8 November lalu di bangunan Boulevard Trading Sdn. Bhd cawangan Batu Niah.
   
Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Koay Kok Ping memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah.
   
Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff kemudian menetapkan 8 Disember depan untuk pengurusan kes.
   
Manakala tertuduh yang tidak ditawarkan jaminan diperintahkan supaya ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.


utusanborneo.com.my/2021/11/22

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2021 04:05 AM | Show all posts
nie kes main judi lah nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.059026 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list