CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1152|Reply: 0

[Terengganu] Jangan 'paksa' anak-anak

[Copy link]
Post time 22-11-2021 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Hasnah menerima replika cek yang disampaikan oleh Hanafiah Ali (dua dari kiri) sempena Majlis Anugerah Keluarga Mithali 2021 YPKT, di Kompleks Ibu Tunggal, Chendering, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Prinsip tidak memaksa anak-anak untuk berbuat sesuatu perkara menjadi antara rahsia pesara guru, Hasnah Abdullah, 66, mendidik dan membesarkan sembilan anak berseorangan sehingga berjaya dalam bidang diceburi dan berbakti kepada masyarakat serta agama.

Berkat memegang prinsip tersebut ibu tunggal, dari Kampung Pauh, Telemong, Hulu Terengganu kini mampu tersenyum bangga kerana kesemua anaknya berjaya dibesarkan tanpa suami.

Anak kelahiran dari Kota Bharu, Kelantan ini yang kematian suami sejak 13 tahun lalu berkata, perkara pertama yang diterapkan dalam diri anak-anak ialah pendidikan agama kerana ia tunjang kehidupan individu.

Beliau turut mengingatkan anak-anak bahawa jika ingin berjaya, mereka wajib solat dan berdoa disusuli dengan usaha keras bagi mendapatkan impian itu

“Kalau nak baiki hubungan antara keluarga, perkara pertama yang kita kena buat ialah solat berjemaah dan dari solat berjemaah itu, kita akan belajar nilai hormat, nilai taat, nilai kasih sayang dan sebagainya.

“Selepas solat pula perlu anak-anak berzikir atau sedikit pesanan ringkas,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah sempena Majlis Anugerah Keluarga Mithali 2021, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), di Kompleks Ibu Tunggal, Chendering di sini,pada Isnin.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat,

Pemenang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 serta sijil penghargaan.

Tambah Hasnah, satu lagi amalan keluarganya iaitu memastikan makan bersama bagi menikmati masa berkualiti.

“Waktu makan adalah waktu yang tenang dan menyeronokkan sebab kita boleh berinteraksi dengan anak-anak.

“Cara ini secara tidak langsung akan merangsang anak berinteraksi dan meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, YPKT menerima 27 pencalonan untuk kategori Keluarga Lengkap Mithali dan 24 pencalonan daripada kategori Keluarga Tunggal Mithali.

Menurut Pengarah YPKT, Wan Zaki Wan Abdullah, pemilihan ini mengambil kira kriteria seperti keperibadian calon, kejayaan mendidik dan membesarkan anak-anak hingga anak-anak berjaya dengan cemerlang.

Katanya, ini termasuk sumbangan dan keaktifan dalam masyarakat, ketabahan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... gan-paksa-anak-anak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 158592 Replies : 3886
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71195 Replies : 2927
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3878 Replies : 14
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188046 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6745 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.067486 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list