CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1196|Reply: 0

[Terengganu] Jangan kutip, makan cendawan liar

[Copy link]
Post time 18-11-2021 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Jangan kutip, makan cendawan liar

BERNAMA

]


CENDAWAN dimakan sembilan beranak yang menyebabkan keracunan.




Kuala Terengganu: Orang ramai diingatkan agar hanya membeli cendawan komersial yang dijual di pasar, atau cendawan liar biasa yang dijual di pasar tani bagi mengelak insiden keracunan makanan.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu Dr Aqilah Mohammad berkata, ini kerana tidak semua cendawan yang zahirnya kelihatan cantik, gebu dan besar, selamat dimakan.

Beliau berkata, cendawan mengandungi toksin yang berbeza untuk setiap spesies, dan ada cendawan yang boleh menyebabkan gejala iritasi kepada badan manusia seperti loya, muntah, ciri-birit, demam dan ada juga toksin yang boleh menyebabkan gangguan halusinasi dan kecelaruan fikiran kepada manusia.

"Paling membimbangkan, kesan toksin cendawan juga boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.

"Tidak semua orang berkemahiran mengenal pasti spesies cendawan manakah yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan di persekitaran mereka.

"Jadi, langkah terbaik adalah membeli cendawan komersial sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam media melaporkan sembilan beranak di Kampung Nyiur, Paka dekat Dungun mengalami muntah termasuk muntah darah gara-gara menikmati hidangan sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun, minggu lalu.

Ditanya mengenai spesies cendawan yang dimakan keluarga itu, Aqilah berkata, sukar dipastikan kerana berdasarkan gambar, cendawan itu kelihatan belum matang lagi kerana bukaan 'payung' atau 'topi' cendawan yang belum kembang sempurna.

"Kewujudan cendawan yang banyak selepas hujan seperti musim tengkujuh sekarang menyebabkan ramai yang terlupa tidak semua cendawan itu selamat dimakan, apatah lagi kerana saiz dan bentuknya yang besar serta tumbuh dengan banyak dan cantik, sangat menarik perhatian," katanya.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar menyelidik dahulu spesies cendawan liar yang ditemui sebelum dimasak seperti bertanyakan kepada orang tua yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan mengenai cendawan atau ahli mikologi yang pakar di dalam identifikasi kulat/cendawan.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 11:33am







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058476 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list