View: 1821|Reply: 2
|
Kumpulan rock Brass Against mohon maaf aksi melampau kencing atas muka peminat
[Copy link]
|
|

Penyanyi utama kumpulan itu dikecam melakukan aksi tidak senonoh.
KUMPULAN rock Brass Against membuat permohonan maaf selepas penyanyi utamanya kencing di muka peminat pada festival di Daytona Beach, minggu lalu.
Menerusi sebuah video yang tular, penyanyi kumpulan itu Sophia Urista menurunkan seluarnya di atas pentas dan membuang air kecil ke muka peminat di pertengahan persembahannya.
Permohonan maaf itu dilakukan di Twitter dan mengakui itu bukanlah aksi yang dirancang.

Permohonan maaf kumpulan Brass.
“Kami berseronok malam tadi (Sabtu) di Welcome to Rockville. Sophia terbawa-bawa. Itu bukan sesuatu yang kami jangkakan dan ia bukan sesuatu yang anda akan lihat lagi pada persembahan kami," ujarnya.
Ketika persembahan Urista dilihat memanggil seorang penonton dan meminta penonton meletakkan tin kosong di dahi.
Dia kemudian melakukan aksi jijik itu di atas pentas.
Tindakan penyanyi itu mengundang pelbagai reaksi dan segelintir netizen meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka. - THE SUN |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tgk komen utube ade yg suka plak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Disgusting nak mati yach tgk bideo yg bertebaran dalam twitter |
|
|
|
|
|
|
| |
|