CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1537|Reply: 2

[Terengganu] Mangsa kemalangan rayu pulangkan kembali barangan peribadi

[Copy link]
Post time 13-11-2021 09:24 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa kemalangan rayu pulangkan kembali barangan peribadi
NORHASPIDA YATIM | | 13 November 2021


Keadaan van yang dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan di Lembah Bidong, Setiu pada Selasa lalu. - Foto ihsan pembaca


KUALA TERENGGANU - "Niat untuk membantu sudah baik namun tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil barangan peribadi mangsa tidak dapat dimaafkan," luah anak saudara mangsa kemalangan di Lembah Bidong, Setiu, pada Selasa lalu.


Abdul Hafiz Embong, 30, berkata, dua bapa saudaranya, Rosli Mat, 54 dan Mazlan Mat, 40 yang bekerja sebagai tukang rumah terlibat kemalangan sekitar jam 6 petang, 9 November lalu.


"Barangan peribadi milik bapa saudara saya iaitu dompet dan telefon bimbit disedari hilang selepas van yang mereka berdua naiki terbabas kerana mengelak haiwan yang tiba-tiba muncul di tengah jalan.


"Sehingga kini barangan itu masih belum ditemui," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.


Abdul Hafiz berkata, dia turut menularkan usaha mencari barangan peribadi bapa saudaranya itu menerusi media sosial Facebbok.


Katanya, dia terpanggil untuk berkongsi perkara itu menerusi media sosial Facebook Kuala Terengganu Residen (Kuterer) dengan harapan barangan berharga milik mangsa berjaya ditemui semula.


"Bapa saudara saya bekerja sebagai tukang rumah.


Pada hari kejadian dia baru sahaja mendapat gaji untuk menyara isteri dan lima anak.


"Akibat kemalangan itu bapa saudara saya mengalami patah pada bahagian lengan selain tidak dapat bekerja dan terpaksa berulang alik ke hospital,"katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-barangan-peribadi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2021 01:27 AM | Show all posts
harap dipermudahkan...

hal2 tu dah jd biasa...hilang dompet, fon, brg kemas...dorang nie bkn nk menolong walaupun ader yg ikhlas..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 09:44 AM | Show all posts
A bad sight!
Duck Life
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.487157 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list