CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 1

[Kedah] Penduduk Kuala Kedah bimbang ombak besar

[Copy link]
Post time 5-11-2021 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk Kuala Kedah bimbang ombak besar[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 5, 2021 @ 3:09pm[email protected]


Air pasang besar menyebabkan limpahan air laut menyebakan pelantar ikan dan kedai makan di Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah dinaiki air hari ini. - Foto ZULIATY ZULKIFFLI





ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar yang dijangka menyebabkan ombak setinggi 3.1 meter berlaku tengah malam ini membimbangkan penduduk di Kuala Kedah terutama yang tinggal hampir dengan pantai.

Tinjauan hari ini mendapati, air pasang pada jam 12 tengahari tadi menyebabkan pelantar ikan dan kedai makan di kawasan itu dinaiki air.

Peniaga ikan, Ahmad Hashim, 74, berkata, fenomena air pasang yang berlaku sejak tengah malam kelmarin adalah yang terburuk setakat ini sepanjang dia menetap di kawasan itu.

Katanya, banyak rumah berhampiran pantai dan muara dimasuki air sehingga mencecah 0.3 meter sebelum surut sepenuhnya selepas sejam kemudian.

"Kami dimaklumkan air pasang besar yang menyebabkan ombak tinggi melebihi tiga meter dijangka berlaku tengah malam ini dan ini amat membimbangkan.

"Disebabkan itu, kami peniaga di sini sudah bersedia dengan mengangkat barangan untuk jualan ikan di pelantar ini kerana bimbang dihanyutkan air laut," katanya ketika ditemui di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah, di sini hari ini.

Ahmad Hashim berkata, kejadian air pasang pada jam 11.30 malam tadi turut menyebabkan air laut memasuki pelantar ikan di sini tetapi surut semula sejam kemudian.

Katanya, setiap tahun berlaku fenomena ini tapi kali ini ia berlaku agak tinggi sehingga masuk dalam rumah penduduk kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Keadaan ini juga menyebabkan harga ikan naik sehingga RM8 hingga RM10 sekilogram berbanding RM4 hingga RM5 sekilogram tetapi semuanya bersaiz kecil.

"Ini disebabkan ramai nelayan takut hendak turun ke laut pada waktu fenomena air pasang berlaku kerana kita tidak tahu keadaan ombak di tengah laut yang boleh mendatangkan bahaya kepada nelayan bot kecil," katanya.

Nelayan, Sani Ramli, 40, berkata, dia keluar menangkap ikan pada jam 5 pagi setiap hari di pesisir pantai dan tidak berani ke tengah laut walaupun fenomena air pasang besar berlaku antara jam 11 malam hingga 2 pagi.

"Tahun ni rumah saya dimasuki air akibat air pasang besar kerana hampir dengan laut tapi sudah surut. Malam ini kami perlu berjaga-jaga dan bersedia angkat barang," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, fenomena air pasang besar yang berlaku tengahari tadi disebabkan paras ombak setinggi 2.7 meter menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar sudah pun melakukan tinjauan di Kuala Kedah pada jam 10.57 pagi tadi iaitu di Kota Marina, Kuala Kedah.

"Dijangkakan ombak tinggi pada paras 3.1 meter pada jam 1.17 pagi ini dan pasukan bomba bersedia pada bila-bila masa sekiranya menerima panggilan berlaku banjir di kawasan berkenaan.

"Pagi tadi, anggota bomba sudah membuat pemantauan fenomena air pasang besar di Pantai Murni dan Kuala Sungai Udang di Yan oleh anggota BBP Yan, di Kuala Jerlun oleh BBP Jitra, pantai Kota Marina oleh BBP Alor Setar dan Jalan Raja, pantai Kuala Muda di dataran Tsunami oleh BBP Tikam Batu serta Pantai Merdeka," katanya.

Bagaimanapun katanya, pemantauan ditumpu di kawasan Kuala Kedah manakala kawasan di daerah lain juga turut diberi tumpuan.

Sehubungan itu katanya, pihaknya bersedia menghantar bantuan anggota sekiranya ada rumah dinaiki air dan ada penduduk yang terperangkap dalam banjir.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2021 08:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.578395 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list