View: 1324|Reply: 2
|
[Sarawak]
Hilang ketika meracun rumput
[Copy link]
|
|
BETONG: Seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika melakukan kerja-kerja meracun rumput di sebuah kebun di Kampung Manggut,Spaoh.
Mangsa dikenali Mohd. Ali Hassan berusia 49 tahun.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Betong, Pegawai Bomba Kussary Abdul Latip berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.15 petang ini.
"Ketika kerja-kerja dihentikan semasa hari hujan mangsa berjalan berseorangan ke arah kebun tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa dilaporkan tidak balik sehingga kini oleh rakan-rakannya.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BETONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ali Assan memasuki hari kedua hari ini masih tidak menemui sebarang petunjuk baharu.
Mohammad Ali, seorang pekerja kebun kelapa sawit dilaporkan hilang sejak Rabu selepas meracun rumput di kawasan ladang di Kampung Hulu Manggut, Spaoh di sini.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, operasi SAR mencari mangsa bermula pada jam 8.30 pagi dengan pencarian dibahagikan kepada dua pasukan.
Menurutnya, pasukan K9 membuat pencarian di kawasan radius tempat terakhir mangsa sebelum hilang sementara pasukan kedua menggunakan kaedah sweep searching dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) sehingga ke sempadan di antara ladang sawit dan hutan dengan jarak 500 meter.
"Setakat jam 12 tengah hari, pasukan penyelamat masih tidak menemui kesan jejak mangsa.
"Operasi bersambung semula pada sebelah petang dan pencarian hanya tertumpu di kawasan pondok sehingga ke radius pencarian 200 meter namun masih tidak menemui petunjuk," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, khidmat bantuan K9 ditangguhkan pada hari kedua memandangkan tiada sebarang penemuan positif sepanjang dua hari pencarian.
Operasi ditangguhkan pada jam 5.30 petang memandangkan cuaca semakin gelap dan akan disambung semula pada keesokan hari.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|