View: 1124|Reply: 0
|
[Sarawak]
Pan Borneo diteruskan
[Copy link]
|
|
KUCHING: Bajet 2022 menyaksikan komitmen Kerajaan Persekutuan akan meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan Sabah,
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bagi memastikan usaha merangsang pemulihan ekonomi, kerajaan akan meneruskan projek pembangunan infrastruktur negara berimpak tinggi bernilai RM3.5 bilion antaranya melibatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan Jalan Central Spine.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) juga menyambut baik pengumuman Belanjawan 2022 tersebut yang sudah pasti mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat, Keluarga Malaysia.
"Belanjawan 2022 menyaksikan Sabah dan Sarawak antara negeri yang menerima peruntukan tertinggi iaitu masing-masing berjumlah RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion untuk pelaksanaan projek infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kemudahan pendidikan dan kesihatan," katanya dalam kenyataan.
Fadillah berkata, kerajaan juga akan terus menambah baik aspek kesejahteraan penduduk luar bandar dalam usaha mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah dengan menyalurkan sebanyak RM2.5 bilion untuk pelbagai program dan projek penambahbaikkan infrastruktur luar bandar.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|