CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1255|Reply: 1

[Sarawak] Bot Karam Di Song, 9 Selamat, Seorang Masih Hilang

[Copy link]
Post time 31-10-2021 04:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 31-10-2021 05:01 AM
Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas manakala sembilan yang lain selamat selepas bot yang dinaiki karam, berdekatan Jeram Giam petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 2.50 petang.

Menurut saksi, bot yang dinaiki mangsa bertolak dari Rh. Inggang, Tapang menuju ke arah Pekan Song dan ketika kejadian mangsa dipercayai hilang dibawa arus sungai deras.

Pasukan Bomba bertindak mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan hilir dari lokasi bot mangsa karam menyusuri sungai di kawasan hulu.

Operasi SAR bagaimanapun ditangguhkan jam 6 petang kerana keadaan air sungai surut dan akan diteruskan esok.

Setakat ini, maklumat mangsa yang hilang masih belum dapat dikenalpasti.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2021 05:04 AM | Show all posts





SONG: Sembilan selamat manakala seorang hilang dalam insiden bot karam berdekatan dengan jeram Giam, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.54 petang.

"Menurut seorang saksi, kejadian dilaporkan berlaku jam 10 pagi.

"Jumlah mangsa yang terlibat adalah seramai 10 orang , sembilan selamat manakala seorang lagi lelaki warga emas dipercayai telah hilang dibawa arus sungai deras," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan perahu tersebut bertolak dari rumah Inggang , Tapang menuju ke arah Pekan Song.

Katanya, setakat ini maklumat mangsa yang hilang masih belum dikenal pasti.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song menggunakan sebuah bot bersama tiga anggota.

"Operasi pencarian dilakukan di kawasan hilir dari lokasi bot karam menyusuri sungai di kawasan hulu menggunakan bot penyelamat Bomba, namun tiada tanda penemuan mangsa," ujarnya.

Katanya, hasil perbincangan bersama agensi lain, operasi ditangguhkan pada jam 6 petang ini akibat air sungai surut.

credit


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037215 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list