CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1147|Reply: 0

[Sarawak] Kampung Semariang Batu akan dibangun dengan skim perumahan

[Copy link]
Post time 30-10-2021 07:50 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (empat kiri), bersama Sharifah Hasidah (tiga kiri) serta yang lain menyerahkan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Negeri kepada penerima. - Gambar Penerangan

KUCHING: Kerajaan negeri bakal membangunkan dan memperluaskan Kampung Semariang Batu dengan skim perumahan bagi menampung keperluan rumah kepada penduduk terutama untuk keluarga ramai.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagi tujuan itu kerajaan akan menyerahkan kerja-kerja membuka lot dan menembok tanah kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) sebelum ia dibangunkan.

"Kita akan memperbesarkan lagi kawasan ini dengan membuka skim perumahan seperti yang kita lakukan di projek perumah di Sungai Bedaun, dimana ia juga menyediakan rumah kepada keluarga ramai.

"Memandangkan kebanyakkan kawasan yang kita mahu bangunkan adalah di tepi sungai maka kita akan menyerahkan kepada Jabatan Tanah dan Survei menembok tanah agar ia selamat," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Negeri bagi Kampung Semariang di Dewan Serbaguna Kampung Semariang Batu di sini, semalam.

Hadir sama majlis Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) juga ADUN Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Beliau berkata kos menembok tanah berkenaan akan ditanggung oleh kerajaan dan perancangan skim berkenaan akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Abang Johari berkata, skim berkenaan memberi pilihan kepada penduduk sama ada mereka mahu rumah yang dibuat kerajaan atau membuat sendiri atas tanah lot yang disediakan.

Sementara itu Sharifah Hasidah dalam ucapannya berkata, antara isu yang sering dihadapi di Semariang adalah untuk memperbesarkan kampung-kampung.

"Di kawasan Semariang, banyak pembangunan telah kita laksanakan melalui projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) selama liam tahun dimana kita telah membelanjakan RM25 juta bagi membina kemudahan asas.

"Cuma di kawasan ini isu paling besar adalah untuk membesarkan kampung-kampung supaya anak-anak kita terutamanya anak muda mampu mempunyai rumah mereka sendiri," katanya.

Terdahulu, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching, Alfian Bawi dalam ucapannya berkata, sebanyak 83 surat hak milik diserahkan pada majlis berkenaan.

"Ia merupakan tambahan kepada 566 surat hakmilik tanah yang telah kita serahkan kepada penduduk kampung pada tahun 2015 yang lalu.

"Baki surat hakmilik tanah yang berjumlah sebanyak 83 ini adalah merupakan hasil usaha berterusan Jabatan Tanah dan Survei untuk memastikan penduduk yang dulunya tidak sempat dikeluarkan surat hakmilik kerana tidak mendirikan rumah, terdapat isu pertindihan tuntutan dan kekurangan dokumen diselesaikan dan dikeluar hakmilik pada hari ini," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/30

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058924 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list