KENANGAN: Pegawai MKN Sabah merakam gambar bersama Amirul (empat kiri) sebelum aktiviti mendaki Gunung Kinabalu.
RANAU: Lapan Pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah mencatat kejayaan menawan Puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.
Kejayaan yang dikecapi itu disanjung tinggi berikutan berjaya merekodkan kejayaan meskipun dalam masa sama mereka perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab hakiki yang diamanakan.
Peranan mereka bagi mengawal selia Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan perlu diberi kerjasama oleh semua pihak tanpa mengira suku kaum, agama, kedudukan pangkat, budaya dan idologi politik untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang masih menular seluruh dunia termasuk Malaysia.
Ketua Penolong Pengarah MKN Negeri Sabah, Amirul Amrie Hasnul ketika ditemui selepas mengetuai aktiviti pendakian Gunung Kinabalu memberitahu, program itu diadakan sebagai landasan bagi memastikan para pendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu semua mematuhi SOP yang disarankan kerajaan.
"Kita tidak mahu ada pendaki tidak mematuhi SOP bagi mengekang pandemik yang kini belum berakhir", katanya.
Beliau juga memaklumkan aktiviti lasak yang mereka jalankan itu juga suatu aktiviti menguji ketahan mental dan fizikal agar sentiasa cergas dan sihat.
"Sebelumnya, kami membuat pematuhan SOP ke bebarapa buah pekan di Sabah bagi memastikan tidak ada sesiapapun yang melanggar arahan.
"Kita patuh pada arahan, Kita Jaga Kita, Jaga Keluarga, Jaga Komuniti, Lindung Diri, Lindung Semua", katanya.
Hadir sama memberi taklimat kepada lapan orang MKN mendaki Gunung Kinabalu ialah wakil Pegawai Taman-Taman Sabah, Engelbert Panil.
utusanborneo.com.my/2021/10/30
|