CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1225|Reply: 1

[Sarawak] Sarawak perlu dana besar untuk pembangunan

[Copy link]
Post time 30-10-2021 07:33 PM | Show all posts |Read mode
Ting: Sarawak perlu dana besar untuk pembangunan

MIRI: Sarawak memerlukan dana besar  untuk pembangunan melihat kepada saiz negeri yang luas.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting (gambar) berharap peruntukan yang diberikan kerajaan pusat untuk pembangunan negeri ini akan ditingkatkan.

"Untuk Sarawak, kita gembira dengan jumlah yang diperuntukan untuk tujuan pembangunan iaitu RM4.6 bilion, tetapi, keluasan Sarawak adalah besar, hampir seluas Semenanjung Malaysia," jelasnya.

Ting yang juga ADUN Piasau dan  Setiausaha Kehormat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, dana diperlukan untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat.

"Dari segi infrastruktur, kita masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia. Oleh itu lebih banyak peruntukan seharusnya diberikan kepada Sarawak dan juga Sabah," jelasnya.

Secara keseluruhan katanya, Bajet 2022 yang dibentangkan kelmarin adalah untuk memulihkan semula ekonomi negara selain memfokus terhadap penjagaan kesihatan rakyat.

Bajet yang diperuntukkan untuk industri pelancongan diharap dapat menghidupkan semula sektor pelancongan tempatan yang terjejas oleh pandemik COVID-19 dalam tempoh dua tahun.


utusanborneo.com.my/2021/10/30



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2021 09:53 PM | Show all posts
tu lah hasil balak bolot satu family...dululah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039142 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list