CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1113|Reply: 0

[Sarawak] Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Sabah diteruskan

[Copy link]
Post time 30-10-2021 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Sabah diteruskan di bawah Belanjawan 2022


KUCHING: Kerajaan Persekutuan komited meneruskan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan Sabah di bawah Belanjawan 2022 yang dibentangkan semalam.

Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof (gambar) berkata tumpuan turut diberikan kepada kerja menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 165 buah sekolah daif di Sarawak dan 112 buah sekolah daif di Sabah dengan peruntukan RM746 juta.

“Sabah dan Sarawak antara negeri yang menerima peruntukan tertinggi di bawah Belanjawan 2022 dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan masing-masing berjumlah RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion.

“Peruntukan ini antaranya adalah untuk melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kemudahan pendidikan dan kesihatan.

“Selain itu, 20 lagi bank bergerak dijangka beroperasi di 250 kawasan dan mukim di Sabah dan Sarawak,” katanya sebagai mengulas mengenai Belanjawan 2022.

Tambah Fadillah, kementeriannya menyambut baik pengumuman Belanjawan 2022 ini yang pastinya mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Secara keseluruhannya Kementerian Kerja Raya (KKR) katanya menerima RM7.306 bilion peruntukan bagi tahun 2022.

Jelasnya, persediaan dalam menghadapi fasa endemik sektor pembinaan juga menjadi perhatian dalam belanjawan ini.

Justeru bagi memastikan kelangsungan sektor pembinaan, beberapa inisiatif telah disediakan antaranya projek-projek berskala kecil khusus untuk penyertaan Bumiputera sebanyak RM200 juta.

Inisiatif lain termasuklah program pemecut menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada kontraktor belia G1-G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan latihan kerja dengan peruntukan RM10 juta.

Lagi inisiatif disediakan program memperkasa pendidikan termasuk bidang teknikal dan vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan industri dengan peruntukan RM6.6 bilion.


utusanborneo.com.my/2021/10/3



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039447 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list