CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1120|Reply: 0

[Sarawak] Cuepacs Sarawak sambut baik bantuan RM700 kepada penjawat awam

[Copy link]
Post time 30-10-2021 05:10 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak menyambut baik bantuan RM700 bagi penjawat awam di bawah Belanjawan 2022.

Pengerusi Cuepacs Sarawak, Omar Bahrein Unin (gambar) berkata bantuan RM350 turut diberikan kepada pesara bagi membantu meringankan sedikit beban kewangan keluarga.

Selain itu kerajaan juga menambah jumlah Gantian Cuti Rehat kepada 160 hari berbanding 150 hari sebelum ini serta membenarkan penebusan awal sehingga 50 peratus bagi keperluan menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak.

"Cuepacs Sarawak menerima dengan baik serta berterima kasih atas bantuan dan inisiatif diumumkan dalam belanjawan kali ini.

"Kita nampak ini sebagai satu impak yang positif daripada kerajaan dalam Konsep Keluarga Malaysia kerana kita sedar bahawa negara dalam proses pemulihan ekonomi negara daripada pandemik COVID-19.

"Bantuan dan inisiatif ini adalah tanda kerajaan amat menghargai peranan dan sumbangan penjawat awam  yang selama ini telah memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Omar, terdapat juga beberapa pengumuman baik lain daripada kerajaan kepada penjawat awam di bawah belanjawan ini.

Sungguhpun begitu katanya masih terdapat beberapa perkara dituntut penjawat awam daripada kerajaan persekutuan.

Antaranya memperkenalkan Skim Saraan Baharu bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang telah hampir 19 tahun.

Beliau turut berharap beberapa tuntutan lain yang diminta oleh Cuepacs bagi penjawat awam yang tidak masuk dalam belanjawan ini terutama perkara yang  telah diumum kerajaan sebelum ini akan dipertimbangkan juga.


www.utusanborneo.com.my/2021/10/30


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.064905 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list