CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1108|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 55,000 penduduk Sarawak terima dos penggalak setakat 28 Oktober

[Copy link]
Post time 29-10-2021 08:03 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seramai 55,017 penduduk di negeri ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 28 Oktober 2021.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Rosemawati Ariffin berkata vaksin COVID-19, Pfizer BioNTech, telah diberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak tersebut.

"Aktiviti pemberian dos penggalak ini dilaksanakan di klinik swasta, hospital swasta, klinik kesihatan, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan secara mobile serta diberikan secara percuma.

"Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin menyeru mereka yang layak dan telah menerima janji temu melalui MySejahtera supaya hadir di mana-mana fasiliti kesihatan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata bagi mereka yang belum menerima temu janji  boleh menghubungi fasiliti kesihatan yang terlibat untuk mendapatkan janji temu
"Kombinasi dos penggalak adalah dibenarkan iaitu penerima vaksin Pfizer dos pertama dan dos kedua adalah dibenarkan menerima dos penggalak setelah melepasi enam bulan dari tarikh dos kedua.

"Penerima vaksin Sinovac dos pertama dan dos kedua adalah dibenarkan menerima dos penggalak setelah melepasi tiga bulan dari tarikh dos kedua," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035964 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list