CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1165|Reply: 1

[Sabah] Kerajaan negeri benarkan PPS beri pinjaman perumahan

[Copy link]
Post time 28-10-2021 09:58 PM | Show all posts |Read mode


DIVIDEN: Hajiji (tengah) menyaksikan penyampaian bayaran dividen oleh George (kanan) kepada Rusdin (dua kiri) yang mewakili kerajaan negeri. Turut kelihatan, Yee (dua kanan) dan Safar (kiri).

PENAMPANG: Kerajaan negeri memutuskan untuk memberi kebenaran kepada Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) memberi pinjaman perumahan kepada penjawat awam negeri Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika mengumumkan perkara itu berkata, kebenaran itu akan memberi kemudahan kepada penjawat awam negeri untuk memiliki rumah sendiri.

"InshaAllah dengan kebenaran ini, kerajaan memberi kemudahan kepada penjawat awam negeri untuk memiliki rumah sendiri sama ada membeli atau membina rumah.
"Justeru, saya berharap PPS akan terus maju sebagai satu agensi kerajaan yang dibanggakan.

"Dari taklimat yang diberikan oleh PPS, jelas perbadanan ini adalah agensi yang mantap dan perlu dicontohi oleh mana-mana agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis Penyerahan Dividen, Faedah dan Zakat Perniagaan PPS kepada Kerajaan Negeri Sabah di Wisma Perbadanan Pinjaman Sabah di sini hari ini.

Hajiji juga meminta semua GLC di negeri ini mampu menghasilkan keuntungan dan perkhidmatan terbaik yang dapat diberikan kepada pelanggan serta rakyat.

"Saya mahu GLC lain yang mahu terus mencapai perkhidmatan yang terbaik agar dapat merombak atau menyusun semula pentadbiran mereka untuk menjadi GLC yang boleh dibanggakan seperti mana harapan kerajaan,” katanya.

Sempena majlis itu, kerajaan negeri menerima dividen sebanyak RM17.5 juta daripada PPS selain RM576,421.44 sebagai pembayaran faedah bagi 2020. PPS turut membayar zakat perniagaan berjumlah RM263,690.55 bagi tempoh yang sama.

"Kerajaan negeri merakamkan syabas kepada PPS kerana tidak pernah gagal untuk membayar dividen sejak 2002.

"Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan terkesan dengan perubahan landskap ekonomi susulan pandemik COVID-19 sejak lebih setahun lalu, ahli lembaga, pihak pengurusan dan semua warga PPS masih mampu menunjukkan daya saing yang cemerlang serta mampu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

"Sejak 2002, PPS tidak pernah gagal untuk membayar dividen kepada kerajaan negeri dan usaha ini amat dihargai," katanya.

Beliau berharap, pemberian dividen oleh PPS yang bermula sejak 19 tahun lalu, terus dikekalkan untuk tahun-tahun seterusnya selain mengekalkan prestasi cemerlang.

Hajiji berkata, ekspektasi atau harapan pelanggan kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan sudah berubah pada unjuran yang besar berikutan perubahan teknologi terutama sekali di media sosial.

Justeru, belliau mahu setiap agensi kerajaan menyahut cabaran itu untuk memberi khidmat yang terbaik dan jika boleh, melebihi ekspektasi kepuasan setiap pelanggan.

"Saya berharap lembaga pengarah dan pengurusan PPS akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan mereka sekali gus meneroka di luar daripada zon selesanya dan melaksanakan lebih banyak bidang perniagaan.

"Selama bertahun-tahun, PPS bukan sahaja mencapai prestasi melebihi jangkaan tetapi ia turut menjangkaui perniagaan untuk mendekati hati dan minda bagi membantu masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan perbadanan ini," katanya.

Beliau berkata, ia termasuk pemberian bantuan alat-alat perubatan kritikal kepada setiap hospital akibat pandemik COVID-19 di samping membantu mangsa yang terkesan daripada pelbagai bencana alam yang berlaku.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Pengerusi PPS Datuk Seri Panglima Dr. Yee Moh Chai; Ketua Pegawai Eksekutif PPS George Taitim Tulas; dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Rusdin Riman.



utusanborneo.com.my/2021/10/28





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 03:58 AM | Show all posts
mantap pps nie...sumber income dari mn ye...eemmm balak kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.074124 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list