CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 932|Reply: 0

[Sabah] Penyelidikan pendidikan tingkatkan kualiti pendidik

[Copy link]
Post time 27-10-2021 10:21 PM | Show all posts |Read mode


CENDERAKENANGAN: Mistirine (kiri) menerima cenderakenangan daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Dr Najamuddin Bachora.

TAWAU: Penyelidikan pendidikan adalah usaha untuk menambah baik  kualiti pendidikan selari dengan momentum modenisasi dalam era globalisasi mengikut edaran masa terkini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin berkata penyelidikan yang dilakukan oleh golongan pendidik itu membantu meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.

“Walaupun dijalankan mengikut norma baharu secara dalam talian, namun para pembentang dan peserta mampu menghayati hasil kajian pendidikan dengan baik.

“Selama dua tahun kita mengharungi cabaran wabak COVID-19 dan membataskan pergerakan fizikal, namun ia bukan penghalang untuk melaksanakan penyelidikan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2021(SPeK21) secara maya, di sini semalam.

Katanya, situasi itu menyemarakkan lagi semangat warga pendidik untuk terus maju ke hadapan bagi memastikan kualiti perkhidmatan pendidikan kepada anak bangsa terjamin.

“Seminar itu dapat memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan warga pendidik di negera ini.

“Selain itu, ia dapat membentuk sebuah komuniti pendidik yang berdaya saing, progresif, berkemahiran tinggi seterusnya mampu menghayati budaya profesionalisme dalam bidang perguruan,” katanya.

Mistirine berkata, tema seminar penyelidikan iaitu penyelidikan merangkai pendidikan norma baharu menjelaskan penyelidikan adalah medium terbaik untuk meneroka bidang ilmu yang tidak terbatas.

“Penyelidikan pendidikan juga boleh membuat refleksi terhadap kajian-kajian yang telah dibuat berdasarkan dapatan yang diperolehi secara langsung mahupun tidak langsung.

“Pengalaman yang diperolehi boleh dikongsi bersama dalam usaha untuk memantapkan ilmu pedagogi yang menjadi asas proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Dr Abdul Hamid Abdul Rahim berkata pandemik COVID-19 bukan penghalang untuk mengadakan seminar tersebut.

Katanya, semangat dan kegigihan para pembentang yang menjalankan penyelidikan harus dipuji kerana mampu menghasilkan artikel penyelidikan dengan baik.
“Melalui perkongsian pembentangan penyelidikan itu sudah pasti banyak idea dan dapatan yang diutarakan.

“Justeru, idea dan dapatan itu diharapkan dapat merangkai kaedah terkini, ampuh  serta mampu menghadapi pendidikan norma baharu,” katanya.

Terdahulu, Seminar selama dua hari itu dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau, PPD Semporna dan PPD Kunak.

Seramai 148 peserta pembentang seluruh Malaysia termasuk seorang pembentang jemputan dari luar negara berasal dari Indonesia.


utusanborneo.com.my/2021/10/27

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054117 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list