Edited by Vellfire at 28-10-2021 01:52 PM
Sabah rekod 585 kes baharu COVID-19KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sabah mencatatkan sedikit peningkatan hari ini membabitkan jumlah sebanyak 585 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sebanyak 13 daerah mencatatkan pertambahan kes termasuk empat daerah merekodkan peningkatan yang agak ketara iaitu Kinabatangan, Kota Kinabalu, Putatan, dan Tambunan.
Menurutnya, sebanyak 12 daerah lagi mencatatkan penurunan kes dengan dua merekodkan penurunan signifikan iaitu Ranau dan Keningau.
"Sejumlah 206 kes atau 35.2 peratus daripada kes terkumpul adalah jangkitan yang berpunca daripada saringan bergejala, kategori yang sinonim dengan kes sporadik. Kes-kes dalam kategori ini sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Walaupun jumlah kes harian mencatatkan penambahan tetapi 97.4 peratus daripada jumlah kes adalah dalam kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, enam kes lagi dalam kategori tiga, manakala satu kes masing-masing untuk kategori empat dan lima. Sejumlah tujuh kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Masidi berkata, Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi iaitu 64 kes, diikuti Kota Belud 53 kes, Beaufort 48 kes, Kota Marudu 36 kes, Tenom 34 kes, Ranau dan Kinabatangan masing-masing 31 kes, dan Tambunan serta Keningau masing-masing 30 kes.
utusanborneo.com.my/2021/10/27
|