CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 997|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 27/10/2021

[Copy link]
Post time 27-10-2021 09:29 PM | Show all posts |Read mode




COVID-19: Sarawak rekod 780 kes, 23 lagi kematian
KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 780 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 768 kes adalah kategori satu dan dua.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi satu kenyataan berkata 12 kes daripada kes baharu adalah kategori tiga, empat dan lima.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 direkodkan di Sarawak kini 238,542.

Daripada jumlah kes baharu, 289 kes adalah kategori 1 (tiada gejala), 479 kes kategori dua (gejala ringan), manakala enam kes adalah kategori tiga (jangkitan paru-paru), dua kes adalah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan empat kes adalah kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

Manakala bagi pecahan kes, Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 248 kes diikuti Miri 177 kes.

Manakala daerah lain merekodkan kes harian di bawah 100 kes kecuali empat daerah iaitu Song, Tebedu, Tanjung Manis dan Telang Usan yang tiada merekodkan kes.

JPBNS turut memaklumkan 23 lagi kematian akibat jangkitan COVID-19 dari tarikh 14 Oktober hingga 26 Oktober 2021 di negeri ini.

Kesemua kes kematian melibatkan mereka berusia antara 39 tahun hingga 88 tahun. Kesemua kes kematian mempunyai komorbiditi.


utusanborneo.com.my/2021/10/27





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2021 09:33 PM | Show all posts















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.431310 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list