CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1130|Reply: 0

[Sarawak] Anggota tentera, peniaga didakwa bunuh pesara tentera

[Copy link]
Post time 27-10-2021 03:27 PM | Show all posts |Read mode


TAIPING: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pesara tentera dua minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh anggota tentera berpangkat Pegawai Waran, Mohd Hafidz Ibrahim, 34, dan peniaga, Muhammad Ahmad Md Yusoff, 31, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Farah Syahidah Mohd Noh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa bersama-sama dalam mencapai niat bersama telah membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Zaki Md Aluwee, 42, di kawasan hutan kira-kira 60 meter dari Jalan Kubu Gajah-Lenggong di Selama antara pukul 5.30 petang hingga 10.50 malam, 10 Oktober lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun sama memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Roslan Mohd Suki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat. - Bernama



utusanborneo.com.my/2021/10/27


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.160166 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list