CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 942|Reply: 0

[Kedah] Laporan pemetaan bahaya, risiko cerun Gunung Jerai diserah 26 November

[Copy link]
Post time 27-10-2021 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Laporan pemetaan bahaya, risiko cerun Gunung Jerai diserah 26 November[size=0.8][size=0.9]BERNAMA

[size=0.9]

[size=0.9]
GUNUNG Jerai. FOTO Luqman Hakim Zubir

[size=0.9]


[size=0.9]
Kuala Lumpur: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang menyediakan Laporan Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun di Gunung Jerai, Kedah yang akan diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pada 26 November susulan kejadian tanah runtuh dan aliran puing yang melanda Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju berkata, JMG juga sedang mengenal pasti tapak bersesuaian di Gunung Jerai bagi membangunkan sistem amaran awal bencana geologi.

"Sehingga kini, JMG telah melaksanakan analisis geologi, geomorfologi dan geologi kejuruteraan bagi mengenal pasti lokasi cerun di Gunung Jerai yang berisiko terjadi tanah runtuh serta pemetaan aliran puing termasuk mengenal pasti ciri-ciri aliran puing yang terjadi," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PAS-Jerai) yang meminta kerajaan menyatakan langkah diambil terhadap mitigasi kawasan bencana tahap satu di Gunung Jerai.

Menjawab soalan tambahan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) mengenai punca kejadian tanah runtuh dan aliran puing itu, Ali berkata, ia disebabkan hujan lebat dalam waktu yang singkat ekoran fenomena perubahan iklim.

Disiarkan pada: Oktober 27, 2021 @ 12:19pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.375419 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list