CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 926|Reply: 0

[Sarawak] 901 individu ditahan bagi tempoh Januari sehingga September 2021

[Copy link]
Post time 27-10-2021 11:10 AM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim mempengerusikan sidang media Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Sarawak pada Selasa. Turut kelihatan, Sutekno (dua kanan) dan Iskandar (kiri).

KUCHING: Seramai 901 individu ditangkap kerana terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di Sarawak bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini.

Pengerusi Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia hasil daripada 242 operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh tersebut.

“Daripada jumlah tangkapan itu, seramai 759 individu didapati positif  dengan jumlah aduan daripada orang ramai yang diterima pihak berkuasa sebanyak 722,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak di sini pada Selasa.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon dan Pengarah AADK Sarawak, Iskandar Turkee.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata seramai 1,803 klien diberikan pengawasan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) manakala seramai 108 lelaki dan tiga wanita ditempatkan di Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen).

Bagi Kawasan Berisiko Tinggi pula, Bahagian Kuching mencatatkan jumlah klien terbanyak di bawah pengawasan AADK iaitu 51 klien, Miri (44) dan Samarahan (38).

"Meskipun jumlah ini nampak kecil, namun ia bukan bermakna masalah dadah berjaya ditangani. Masalah dadah ini adalah satu masalah yang berlaku dalam masyarakat kita,” katanya.

Justeru, beliau berharap rakyat sama ada ibu bapa, para guru dan pemimpin masyarakat termasuk agensi perkhidmatan awam dan swasta menggembleng tenaga memastikan masalah dadah tidak menular menjadi lebih besar dari apa yang berlaku hari ini.

Mengenai mesyuarat tersebut Abdul Karim berkata, mesyuarat tersebut membincangkan pendayaupayaan NGO dalam pencegahan dadah, pencegahan dadah di Sarawak melalui institusi agama dan program intervensi awalan Orang Kena Jamin (OKJ).

Katanya, penularan dan penyalahgunaan dadah dalam masyarakat juga amat membimbangkan.  

"Kalau kita lihat dari tahun ke tahun, trend penyalahgunaan dadah meningkat. Ia berikutan terdapat perhubungan jalan raya serta pembukaan sesuatu kawasan baharu menyebabkan masalah dadah masuk ke sesuatu kawasan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Abdul Karim berkata pihak berkuasa perlu sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk membendung dan mengawal masalah dadah.


utusanborneo.com.my/2021/10/27


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057875 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list