TERTUDUH: Tertuduh mengaku tidak bersalah semasa prosiding mahkamah dilakukan.
TAWAU: Seorang penjawat awam yang dituduh menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan lima tahun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa tiga pertuduhan berkaitan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan di Pejabat Perhutanan Daerah Semporna, pada 19 hingga 27 Januari 2016.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Tertuduh diwakili tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi.
Hakim Abu Bakar Manat kemudiannya memutuskan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.
Tertuduh juga diarah melapor diri ke pejabat SPRM Tawau sekali dalam tempoh dua bulan dan menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes.
utusanborneo.com.my/2021/10/26
|