CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 927|Reply: 0

[Sarawak] Penting rancang perbelanjaan demi pendidikan masa depan anak-anak

[Copy link]
Post time 22-10-2021 10:42 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Ibu bapa harus mengutamakan aspek pendidikan dan merancang perbelanjaan.

bagi memastikan anak-anak mereka mendapat akses pendidikan terbaik di masa depan.

Menteri Utiliti Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata meskipun kesedaran pendidikan semakin meningkat, namun ia wajar diperhebat dari semasa ke semasa.

Jelas beliau, amalan menyimpan duit harus dipraktik ibu bapa untuk masa depan khususnya bagi perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka.

Beliau turut mengingatkan golongan terbabit agar arif dalam menguruskan kewangan mereka berikutan harga kelapa sawit yang kian meningkat hingga mencecah ribuan ringgit.

Rundi yang juga Adun Kemena turut menasihati mereka supaya menyediakan payung sebelum hujan khususnya dalam konteks pendidikan anak-anak mereka.

“Apa yang kita ada hari ini, kita mesti mempunyai insuran(jaminan) dalam hidup.

“Insuran dalam hidup kita, bukan hanya dalam  harta benda, tetapi adalah ilmu, ilmu yang kita terus beri kepada anak-anak kita,’ujarnya ketika berucap pada Program Kongsi Fakta dan Terima Kasih Kepada Petugas Barisan Hadapan 2021 Daerah Sebauh anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Balai Raya Sebauh, di sini.




sarawakvoice.com/2021/10/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.032433 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list