CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4087|Reply: 11

Cara Mudah Membersihkan Kesan Lilin Pada Buah Anggur

[Copy link]
Post time 22-10-2021 09:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by novelloverzz at 22-10-2021 09:35 PM



Buah-buahan seperti anggur yang diimport dari luar negara kebiasaannya disalut dengan lilin pada buah bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar dan tahan lama.

Lilin tersebut berfungsi menjadikan kulit luar buah-buahan kelihatan segar serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan buah busuk.

Oleh sebab itu, anda harus mencuci buah-buahan dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Ada cara mudah untuk menghilangkan kesan lilin yang boleh anda cuba. Baru dijamin lagi bersih sebelum dimakan.

Cara Mudah Membersihkan Kesan Lilin Pada Buah Anggur

Bahan-bahan:
  • Anggur
  • Tepung gandum
  • Bekas


Cara-cara:

1. Masukkan buah anggur dalam bekas, gunting tangkai anggur supaya lebih senang nak cuci.


2. Masukkan tepung gandum, tambahkan sedikit air sambil gaul dan gosokkan tepung pada buah. Biarkan sekejap dalam 5 minit, kemudian boleh dibilas bersih.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2021 04:15 AM | Show all posts
lilin tu harmful kt manusia ke?? tanya je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2021 07:31 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 23-10-2021 04:15 AM
lilin tu harmful kt manusia ke?? tanya je

Ia selamat untuk dimakan
Secara ammnya, teknologi kini menggunakan bahan kimia penyelaput lilin yang selamat untuk dimakan. Pihak industri yang mempunyai reputasi yang baik juga menjaga kebajikan para pelanggan untuk mengekalkan market mereka dan semestinya mengikut peraturan yang telah digariskan oleh FDA.


Masih was-was?
Namun, jika masih lagi rasa was-was boleh lah kikis selaput, sental dengan berus bersesuaian, basuh dengan air sedikit panas (55 degree Celcius) atau kupas dan buang saja kulitnya.


Nota: Merendam seketika dengan air panas untuk mencairkan lilin juga berpotensi memusnahkan vitamin dan enzim pada kulit buah yang sensitif kepada suhu.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 10:13 AM | Show all posts
noted. terbaik content
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2021 10:35 AM | Show all posts

sharing is caring
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 11:41 AM | Show all posts
boleh ke makan?

selalu lupa nak basuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2021 11:44 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 23-10-2021 11:41 AM
boleh ke makan?

selalu lupa nak basuh

x bc semua la tu...klu ikut 2nd reference tu bole mkn...

tp nov jns semua buah buang kulit baru mkn termsk anggur...itu penat bila kn mkn anggur...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2021 12:27 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 23-10-2021 11:44 AM
x bc semua la tu...klu ikut 2nd reference tu bole mkn...

tp nov jns semua buah buang kulit baru m ...

err memang jenis tak baca

support benang jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2021 01:04 PM | Show all posts
aku pon pelik dengan tips basuh pakai sabun khas cuci buah tasneem la, sunlight putih la, pakai tepung buang wax pada buah. napa nak menyusahkan diri. wax tu bukan harmful pon cuci pakai air atau kupas kulit sahaja dah cukup dah. tak penah lagi dgr org kena sakit kronik kerana makan buah tak basuh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Serius baru tau lilin tu tak harmful untuk dimakan.. thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 12:16 AM | Show all posts
good info TT, selalu jika nak makan pear atau epal memang akan kupas kulit dahulu, jika anggur tu dapatlah manfaat daripada info TT, tq
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks atas perkongsian. Baru I tau lilin tu not harmful

Selalu nak makan buah, I kupas. Anggur je tak, I main lambung masuk mulut je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.074453 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list