View: 507|Reply: 5
|
[Sabah]
Buaya seberat 300kg ditangkap di parit awam
[Copy link]
|
|
Buaya seberat 300kg ditangkap di parit awam
Oleh Juwan Riduan - Oktober 20, 2021 @ 1:18pm
Buaya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut - Foto NSTP/Ihsan APM
LAHAD DATU: Seekor buaya tembaga sepanjang lebih tiga meter dan berat 300 kilogram ditangkap selepas terperangkap di dalam saluran parit, di pusat peranginan Felda Residence, Wilayah Sahabat berhampiran pantai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.25 malam itu, pihak pengurusan pusat peranginan berkenaan yang menyedari kehadiran buaya berkenaan terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lahad Datu untuk mendapatkan bantuan.
"Pasukan operasi terpaksa menggunakan jerst perangkap tali untuk mengeluarkan buaya itu dari dalam parit di pusat peranginan berkenaan.
"Usaha itu akhirnya berjaya pada jam 2.11 pagi dan pihak APM terus menghubungi Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk proses penyerahan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, buaya berkenaan adalah jenis buaya tembaga dengan berat mencecah 300 kilogram.
Katanya, panjang buaya berkenaan adalah 3.2 meter dengan ukur lilit badan melebihi satu meter.
"Buaya berkenaan diserahkan kepada JHL untuk tindakan selanjutnya pada jam 2.30 petang," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Buaya Tembaga Seberat 300KG Ditangkap Dalam Parit
LAHAD DATU: Seorang polis bantuan yang sibuk meronda kawasan pantai berhampiran Resort Felda Residence Sahabat dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya tembaga di dalam parit resort berkenaan, Isnin lalu.
Buaya tembaga seberat 300 kilogram dan sepanjang lebih tiga meter itu didapati terperangkap di dalam parit saluran air resort berkenaan.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) memaklumkan, pihaknya menerima aduan daripada anggota polis bantuan tersebut kira-kira pukul 11.25 malam mengenai kehadiran seekor buaya.
Katanya, sepasukan lima anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja menangkap buaya berkenaan.
Menurutnya, pasukan APM menangkap buaya itu menggunakan jerat perangkap tali dan mengeluarkannya dari parit saluran air resort tersebut.
Buaya tembaga tu kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar kira-kira pukul 1.37 petang kelmarin. – Utusan Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
croc satu2nya haiwan yang aku suka tengok video2 dia makan, kene makan, membunuh dan kene bunuh
semalam baru layan video croc slaughter house
suka jugak tegok orang masak dan makan bull frog
selain dari tu suka jugak video2 orang makan cara primitif
takde kene mengena dengan tajuk kn? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tgk krokodail kat dlm kandang pun aku dah seram. ni kan pulak tgk depan2 secara terbuka mcm ni. tak berani aku nak dtg dekat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Besar betul buaya tu..muat pulak die nak begerak dalam parit
Memang tgh tunggu mangsa kut..tu yang bersembunyi dalam parit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|