CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 1

[Sarawak] Ugut tikam isteri dengan gunting, lelaki dipenjara dua bulan

[Copy link]
Post time 21-10-2021 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-10-2021 03:24 PM



MIRI: Padah mengugut hendak menikam isteri dengan sebilah gunting, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
   
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 28 Ogos lalu.
   
Mohd Hairullino Mohamad Kairullah, 36, dari Jalan Pujut Padang Kerbau 2 di sini didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Menurut keterangan kes, seorang wanita telah membuat laporan dengan mendakwa suaminya telah melakukan ugutan jenayah terhadapnya.
   
Dalam aduannya, pengadu, 32, mendakwa sekitar jam 7.30 malam, 27 Ogos lalu, semasa berada di rumah keluarganya di Jalan Pujut Padang Kerbau 2 di sini, suami beliau telah mengamuk dan mengambil sebilah gunting.
   
Suami telah mengugut hendak menikam pengadu menggunakan gunting tersebut hingga menyebabkan dia ketakutan.
   
Hasil siasatan lanjut polis mendapati punca kejadian disebabkan pengaruh dadah hingga tertuduh mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap isterinya.
   
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Md. Syafique Md. Hilmie. Manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Dalam kes berasingan, seorang pemandu didenda RM1,300 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret kerana memandu dengan lesen kenderaan motor yang telah tamat tempoh sah dan tiada perlindungan insurans terhadap risiko pihak ketiga.
   
Mohd Faiz Daud, 33, dari Bachok, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.
   
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.
   
Menurut keterangan kes, tertuduh sebagai pemandu sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran WUQ21xx dan semasa diperiksa, didapati dia telah memandu kenderaannya itu di atas jalan raya dengan lesen kenderaan motor yang telah tamat tempoh kuatkuasanya pada 18 Jun 2018.
   
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.56 tengah hari, 16 Mei 2019 di KM5 Jalan Miri-Bintulu.
   
Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 90 (1) APJ 1987 dan dihukum di bawah Seksyen 90 (2) akta yang sama.
   
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali dan hilang kelayakan untuk memohon lesen memandu selama tempoh 12 bulan mulai tarikh sabitan hukuman.
   
Berdasarkan keterangan kes, tertuduh sebagai pemandu kenderaan yang sama, didapati telah memandu di atas jalan raya tanpa perlindungan insurans terhadap risiko pihak ketiga.
   
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan ditempat yang sama.
   
Pendakwaan dilakukan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


utusanborneo.com.my/2021/10/21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2021 11:30 AM | Show all posts
risau tengok isteri yang ada suami ada pengaruh dadah
kelindan lori mudah cenderung ke arah itu sebab nak kejar trip
cuma terkawal atau tak je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 1.491819 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list